Sunday, June 29, 2008
Aku terlampau sayyyang sgt kat DIA.) Penyayang sifatnya.Betul ni..... tak tipu punye!. Pure cinta lah nak dikategorikan tu. Apa taknya masa aku susah, minta tolong sajalah pd DIA . Sure akan dtg bantuan. Bila aku susah hati,bole terus ngadu kat DIA direct! Yg bestnya tu,bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For sure lah....KEKEASIH kan!.. Ish... beruntung betul dpt KEKASIH cam ni. Tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila2 masa jer aku bole contact DIA. Yg seronok tu, sbb mmg betul rasa DIA tu dekaaaat kat hati ni!. Ye laa... cinta punya psl kan... DIA x kisah pon kalo aku x ingatkan DIA, tapi rugilah aku. Sbb kalo aku ingat n contact je DIA, sure macam2 la yg aku dapat. x kire lah, material ker..... spiritual ker....emmmm mmg KEKASIH sejati lah tu!. Bila aku rindu kt DIA, baca jer surat2 yg DIA bagi tu. Macam2 nasihat ada dlm tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sblm ni, aku pernah gak frust. Mmg sedih giler la masa tu. Ye laa...cinta bagai nak rak, tetiba putus clash gitu aje. Uwaaaa.... Tp KEKASIH aku yg ni lain, DIA x kisah pon dgn cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA x de jeles pon. Cuma aku jer yg selalu jeles ngan DIA, sbb ramai yg jatuh cinta ngan DIA ni. So, aku pon kenalah usaha betul2... kata org putih....what U give... U get back.... so, kalo aku usaha lebih skit, aku dpt lebih la kan?... KEKASIH aku ni baik sesangat. Perfect!. Tu yg kadang2 aku tengah2 malam.....area kol 3-4 pagi tu pon, kalo aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu lah.......!! Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya tau....millionaire... billionaire....n ntah apa2 naire lg. Tu yg pemurah sgt tuh. Semua keperluan hidup aku, DIA yg support.... caya tak???!!... Free of charge.... tp aku x sedap hati laa..... mesti la kena hargai apa yg DIA bagi tu kan?.. mak aku kata, kalo org dh bagi, suke ke x suke, amik aje la..... pas tu pepandai la membalas budi....jadi, tu yg buat aku sanggup berkorban apa saja...... cewwwaahh!!.. DIA suruh aku belajar sesungguh.. kalo bole belajar sumer ilmu... sbb KEKASIH aku ni mmg cerdik + bijak + genius etc..... DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yg aku buat semua sia2. DIA pon tambah saaaayyyyang kat aku kalo aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni... Ermmmmm...... aku sebenarnya belum pernah jupe DIA lg pon. Belum bersedia la... tp KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nnt, mesti kami akan bertemu. Sekarang menghitung hari la aku ni....tp kecut perut gak!. Takuuuuut!. Maklum lah...x pernah jupe. Aku mesti prepare awal2 drp surat2 yg ada tu, aku tahu apa yg DIA suka, dan apa yg DIA x suka. Mesti la aku nak buat apa yg DIA suka, so that, DIA tambah2 sayang la kat aku kan..??..Tak per laa.... berkorban sekarang, sbb DIA dh janji, sapa2 yg DIA syg, DIA bagi hadiah special yg aku seniri x pernah terpikey pon!..Isssyyyy...... Rindu sangat dah ni..!! "KEKASIH ku.....aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini....walau nyawa digalang gantikan, menggadaikan cinta teragung ini, tidak sama sekali... walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia...... Itu lah KEKASIH ku..... ALLAH SWT..... Cinta Teragungku......"
Ingatlah kehidupan ini umpama kita mengupas sebutir bawang, kita kupas sehelai demi sehelai , sesekali kita akan mengalirkan air mata...
Thursday, June 19, 2008
LIZA…
Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...
Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T
Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad, (Al-Ghazali)
"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..." -Imam Malik-
Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tdk terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tdk indah, tp jiwa kitalah yg tdk indah..
Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.
Kesedihan itu lumrah.
Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.
Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM,
tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan Agama menjadi sendi.
Pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
Dan kalau tidak berpenjaganya,binasalah hayat.
Krn org yang terhormat itu,..
Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.
Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan........
"People wil forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..."
Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...
Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi
Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...
Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan sesaorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan
Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk
Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada pemuda adalah baik
Tetapi daripada orang tua lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik
" Tunjangkan resah mu di dada solat, Himpunk' peritmu digenggaman doa, Tutupi kekecewaan dgn taqwa, Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".
Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan...
betul lah kata orang, penyu menangis tak ada siapa yg tahu.... hati aku meratap hanya DIA yg tahu, Maha Mengetahui...