<xmp> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4246718683494715286\x26blogName\x3dGOOD!+BETTER!+BEST!\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://justmemyselfnyou.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://justmemyselfnyou.blogspot.com/\x26vt\x3d-8187606689988496178', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Welcome
My oh My!.

Hello. Welcome to my blog. It is a personal blog n i really want to enjoy every single word in this blog....

Liza Idris

Create Your Badge
The Princess

:
I'm a very determine person and so into it. Be reasonable and always moderate in everything except your ibadah... Always muhasabah yourself n be around your lovers and appreciate them!.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

click for more
Share wif them
...Razzian... Ammati... Kak Rose... Mek Farah... Pjah... Aziyana... Pojie... Yusma... info susuIbu...

Archives
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
November 2008
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
April 2010
October 2010
December 2010
March 2011
April 2011
May 2011
August 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012

Layout ©

ME. kynzgerl
CODES. manikka
BRUSHES. 1 2
IMAGES. 1 2
The 2 paper heart: moargh.de
SOURCE. BLOGGER BLOGSKINS IMAGESHACK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Friday, November 20, 2009

ROME tidak di bina dalam masa sehari...ISLAM tidak berkembang dalam masa sejam... mmg tepat dan benar sekali. tahun ni bila keluar keputusan UPSR mmg menyedihkan dan bagi sesetengah pihak amat menyentuh perasaan. bahkan ianya seakan-akan menjadi satu perkara yg terlalu sensitif untuk diperkatakan. keadaan ini berbeza dengan 4 tahun sudah. aku sendiri secara peribadi amat berbangga dengan keputusan yang diperolehi. entah dimana silapnya keadaan itu tidak berulang lagi. kegembiraan itu seakan lenyap.

secara logiknya, ketika menghadapi saat2 sukar inilah semua pihak harus bersatu. di saat inilah kita boleh lihat sekukuh mana ukhuwwah yang sering kita laung2kan. yang sering kita banggakan. yang seiring kita perkatakan.

sungguhpun aku tidak berada bersama ketika keputusan diumumkan namun dari kejauhan aku dapat merasakan detik2 sensitif ini. sms semuanya berbalas sinis. membayangkan situasi yang berlaku. hhmmm... sebagai bekas GPK, sedikit sebanyak jauh di sudut hati aku menyalahkan diri sendiri pada mulanya. namun pintas aku berfikir keputusan ini mampu memberi hikmah dan satu kejutan seolah2 baru dari tidur. bukan mudah hendak mengekalkan kejayaan dari menciptanya. aku dapat merasakan lelah guru2 yang tidak terucap. bila segalanya terletak di pundak mereka untuk mengurus dari A hingga Z. dari kelas, program, aktiviti dan kem utk tahun 6. berkejar ke sana ke sini. marking papers yang tiada kesudahan... di waktu inilah kita belajar untuk bersatu. merungkai kekusutan dan mencari kekurangan untuk diatasi. bukan saling menyalahkan antara satu sama lain. kita harus berpandangan positif seperti mana kita ajarkan kepada anak2 murid kita. kita tidak harus berputus asa sepertimana kita tidak ingin anak2 murid kita berputus asa. dan kita tidak boleh merenggangkan tali ukhuwwah seperti mana kita tidak ingin mereka berpaling muka... itu ajaran kita kepada mereka. itu juga ajaran nabi kepada kita.

aku mengambil cuti awal seminggu dari cuti sekolah. 4 hari di kg mmg memenatkan. hari pertama ke dua dan ketiga aku habiskan dari pagi ke ptg temankan mak pergi menjemput tetamu untk majlis hafiz. mlm lak ke bandar beli buah tangan tetamu, tempahan cincin, barang hantaran dan survey langsir. flight aku patut chck in kul 7 mlm ditunda ke 9.55 mlm.. pun aku sempat ke bandar lagi uruskan 2-3 hal sampai kul 3 ptg tanpa mengemas sehelai baju lagi pun. mmg tak puas hati tinggalkan mak terkontang-kanting sengsorang. nak bergerak tak de siapa nak tlg bawak. Ya Allah, permudahkan segalanya...

mlm ni aku berada di hotel equatorial bangi. kebetulan hubby ada reunion kecil2an so aku join. sebenarnya dah seminggu hubby aku berkursus di sini dan aku terbang ke kg 4 hari. kini kembali bersama hubby. esok InsyaAllah ke Nilai 3 tempah hantaran. lusa ke UIA menghadiri Konvensyen Islah. kemudian ke JB menyambut hari raya di sana. then kena terbang ke kdh lagi membuat persiapan akhir. otak pecah 3 perkara. tapi aku yakin segalanya mengajar aku erti mengurus dan meletakkan kepentingan. Alhamdulillah...

Thursday, November 12, 2009

tadi baru je dapat esaimen dari tuan CEO. next week aku bercuti awal seminggu dari cuti sekolah. kena balik kg utk uruskan persiapan majlis adik lelaki aku. so CEO dah kasi awal2 lagi esaimen aku. cemana caranya untuk memurnikan lagi rekod P&P SRAIB dengan kaedah Mastery Learning. dah hampir 5 tahun digunapakai namun inilah kali pertama nak dimurnikan. tentu satu tugas yg besar. apatah lagi melibatkan kerja2 semua guru di sekolah. hhhmmm... sesambil drive balik tadi sempat aku merencanakan sesuatu memandangkan aku akan bercuti sampai 20hb. ditambah lagi 22hb aku diarahkan ke UIAM Gombak bersama guru2 lain untuk konvensyen Islah. mak aiii... kena la bijak bahagi masa nampaknya. dalam pada berkira2 mengatur jadual aku sendiri aku perasan byk perkara yg bakal aku terlepas memandangkan ianya berlaku disepanjang percaturan aku di kg bulan 12 kelak utk majlis adik. program pementoran sek men pun aku miss niih.. ish, betullah..dalm hidup ni kita kena letakkan priority agar segalanya berjalan lancar. masih byk yg aku perlu belajar dan kursus pengurusan dan pentadbiran yg aku ambil ni mmg berbaloi baloi...! aku rasa ni la langkah2 yg perlu aku ambil untuk melaksanakan esaimen aku tu :

1. kumpulkan maklumat seberapa byk ttg kelemahan dan kelebihan sistem rekod P&P sedia ada.

2. dapatkan maklumat dari rakan2 di luar dari SRAIB ttg rekod P&P mereka.

3. bentukkan ajk bertindak. (make sure they are really can help you!)

4. bincang dan rekodkan.

5. serahan hasil esaimen kepada CEO.

erk.. ke ada step yg aku tertinggl???


Thursday, November 5, 2009


kajian ini merupakan satu kaedah kajian yang diperkenalkan oleh Glaser dan Strauss pada tahun 1967 dan kemudiannya diperjelaskan secara terperinci oleh Strauss pada tahun 1987. ia merupakan satu kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan induktif di mana kajian ini dimulakan dengan memperolehi data dan dari data ia dibina konsep serta teori. ianya berbeza dengan kajian klasik yang lain di mana pendekatannya adalah deduktif. kualiti grounded theory ini bergantung kepada cara dan langkah perlaksanaan oleh pengkaji itu sendiri. sekiranya kajian itu mengikuti langkah dan disiplin yang baik maka akan terhasil satu teori yang baik dan mantap. secara tidak langsung, teori ini memerlukan ketelitian, kemahiran serta kesabaran penyelidik secara professional.

tujuan kajian ini ialah untuk membangunkan atau menjana sebuah teori. grounded theory bermula dengan mengkaji situasi. berdasarkan situasi ini penyelidik akan memahami apa yang berlaku dan bagaimana orang sekeliling memainkan peranan mereka dalam situasi itu. ini boleh dilakukan melalui pemerhatian, perbualan dan temubual. seterusnya penyelidik akan mencatit isu-isu penting yang dikenali sebagai "note-taking".

proses penting bagi kajian ini ialah kaedah perbandingan yang tetap. pada langkah awal, penyelidik akan membandingkan jenis data sama ada data jenis temubual dengan data jenis temubual dan begitu juga dengan data perbualan dan pemerhatian. seterusnya teori akan terhasil dengan sendirinya. apabila ini berlaku maka penyelidik akan membandingkan data dengan teori yang dihasilkan. setelah itu aktiviti koding atau memecahkan konsep akan dijalankan.

BAGAIMANA MEMBINA TEORI INI?


Monday, November 2, 2009


wahhhh... semlm xm untuk sem 2 dah tamat... betul2 tertekan seminggu nak baca kaedah penyelidikan.. susah sgt subjek ni sbb semua nak kena kuasai.. bermula dari definisi penyelidikan, apa itu pembolehubah bersandar dan tak bersandar, hipotesis null, pembolehubah rawak, teori kajian tindakan, kajian kes, mixed-method theory, grounded theory, kajian kualitatif, kajian kuantitatif, multiple regession, kolerasi, kajian experimen, byk lagi lah... ! mmg seminggu aku kehulu ke hilir berkepit buku jek. baca ke tidak blakang kira. rumah mmg tak kisah langsung. masak jauh sekali selama seminggu! mmg haru biru la kali ni. tapi Alhamdulillah suami aku memberi 100% dorongan dan faham dgn keadaan aku.. malah dia sanggup drive jauh semata-mata nak kasi semangat. bertuah rasanya dapat suami mcm ni.

sekarang semua dah tamat... seperti melepaskan seketul batu bukit dari atas kepala. balik je dari JB semlm terus kemas umah. hari ni pegi sekolah rasa lega semcm... fresh sgt! hahahhah... tapi dek kerana kebiasaan dan tekanan nak xm ni membuatkan aku seolah2 masih merasai nak pegang buku dan kerisauan kerana tak belajar masih lagi terasa. pada hal aku dah boleh bersuka ria sekarang.. lehai, dasat sungguh penangan xm itu...

pejam celik pejam celik aku dah pun tamat setahun. ini bermakna aku hanya perlu menghabiskan lagi 1 sem ke kelas n sem akhir hanya siapkan tesis. aha! ini sudah bagus... kekadang terbayang jugak macamana la kalau aku masih teragak-agak nak sambung belajar... alangkah membuang masanya...

aku teringin sangat nak publish kan hasil karangan aku dlm dewan xm ke dlm blog kesayangan aku ni tapi mungkin esok lusa kot.. hehehhe.. sekarang aku byk menghabiskan masa bermain FB jek.. nak layan cukup2.. dah berminggu2 aku simpan perasaan yg bergelora ni nak ngadap laptop main game. jeles betul tgk suami bersenang lenang melayan FB.. hahhaha... ok nnt nak smbg mengarang lagi...