<xmp> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4246718683494715286\x26blogName\x3dGOOD!+BETTER!+BEST!\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://justmemyselfnyou.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://justmemyselfnyou.blogspot.com/\x26vt\x3d-8187606689988496178', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Welcome
My oh My!.

Hello. Welcome to my blog. It is a personal blog n i really want to enjoy every single word in this blog....

Liza Idris

Create Your Badge
The Princess

:
I'm a very determine person and so into it. Be reasonable and always moderate in everything except your ibadah... Always muhasabah yourself n be around your lovers and appreciate them!.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

click for more
Share wif them
...Razzian... Ammati... Kak Rose... Mek Farah... Pjah... Aziyana... Pojie... Yusma... info susuIbu...

Archives
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
November 2008
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
April 2010
October 2010
December 2010
March 2011
April 2011
May 2011
August 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012

Layout ©

ME. kynzgerl
CODES. manikka
BRUSHES. 1 2
IMAGES. 1 2
The 2 paper heart: moargh.de
SOURCE. BLOGGER BLOGSKINS IMAGESHACK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sunday, January 3, 2010

-PERKONGSIAN MAKLUMAT-
ANALISIS - K-EKONOMI TONGGAK MASA DEPAN MALAYSIA


Oleh Nazar Abdul

PERDANA Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad baru-baru mengumumkan satu lagi rancangan strategik kerajaan untuk memperkenalkan Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan atau Rancangan K-Ekonomi sebagai usaha meningkatkan pencapaian dan kemajuan Malaysia dalam alaf baru ini. Rangka rancangan ini sedang disiapkan dan dijangka selesai September ini dan akan dilaksanakan bulan berikutnya.

Menurut Dr Mahathir Malaysia perlu mempunyai Rancangan K-Ekonomi sebagai persiapan menghadapi ekonomi dunia yang lebih hebat dan mencabar dalam tahun 2000 ini. Pemilikan ekonomi berasaskan pengetahuan ini bukan terbatas kepada mana-mana pihak.

Dia adalah hak setiap individu. Pemilikan K-Ekonomi memberi kesan yang lebih hebat kepada setiap pemiliknya. Tanpa ilmu, ekonomi tidak dapat digerakkan. Menerusi K-Ekonomi, idea boleh dikembangkan hingga menjadi masyarakat pencipta. Rakyat Malaysia tidak boleh lagi menjadi pengikut dalam apa bidang sekali pun. Mereka seharusnya menjadi penggerak dengan menggembleng pengetahuan yang mereka miliki. Dalam K-Ekonomi, penghormatan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai ilmu yang boleh menggerakkan ekonomi. Modal tidak boleh lagi dijadikan bahan utama dalam apa juga urusan dan perniagaan sekiranya tidak disertakan dengan pengetahuan. Inilah realiti dunia abad ini.

Malaysia sebagai sebuah negara membangun perlu berusaha memastikan negara menikmati pembangunan yang berterusan tanpa diganggu-gugat oleh perubahan pesat di negara lain khususnya di Barat. Pada masa akan datang Malaysia tidak boleh bergantung kepada kekuatan ekonomi yang berasaskan industri dan pengeluaran saja.

Kekuatan ekonomi dunia akan datang lebih bergantung kepada kemajuan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang luas.

Bagaimanapun kejayaan pelaksanaan Rancangan K-Ekonomi ini banyak bergantung kepada penyertaan yang menyeluruh daripada semua lapisan rakyat. Lagi ramai rakyat yang memahami dan menghayati rancangan ini maka semakin cepat pula Malaysia mencapai kemajuan yang dihasratkan.

Sebagaimana yang ditegaskan Perdana Menteri, K-Ekonomi sangat penting bagi masa depan Malaysia kerana negara harus menghadapi cabaran lebih hebat berikutan proses globalisasi yang sedang berlaku di dunia sekarang.

Malaysia tidak harus ketinggalan dalam hal ini dan perlu bersiap sedia menghadapinya.

Kekuatan politik, ekonomi dan sosial Malaysia banyak bergantung kepada pencapaian rakyat dan negara dalam K-Ekonomi yang memerlukan penguasaan kukuh ilmu khususnya teknologi maklumat. Urusan dan kegiatan ekonomi dunia pada masa akan datang pastinya banyak menggunakan teknologi maklumat (IT) dan siapa yang menguasainya akan meraih kejayaan dan kekuatan.

Di samping maju dan berjaya di bidang industri dan pertanian, Malaysia perlu juga maju dan berjaya dalam bidang IT yang merangkumi pelbagai sektor pembangunan negara. Kejayaan kerajaan melaksanakan projek Koridor Raya Multimudia (MSC) adalah langkah positif ke arah mencapai matlamat K-Ekonomi.

Kerajaan terpaksa merangka Pelan Pembangunan K-Ekonomi dari sekarang dengan membabitkan rakyat pelbagai lapisan.

Ini bertujuan memastikan pelaksanaan Rancangan K-Ekonomi benar-benar berkesan dan memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara. Kerajaan sedar masa depan negara akan terjejas jika Malaysia ketinggalan dalam kemajuan K-Ekonomi yang semakin dikuasai oleh negara maju.

Bagaimanapun jika kerajaan saja yang memberi tumpuan kepada masalah ini, kejayaan sukar dicapai. Seluruh rakyat perlu komited dan bertanggungjawab untuk sama-sama memajukan K-Ekonomi Malaysia supaya ia benar-benar utuh dan cemerlang. Untuk menikmati masa depan yang cerah, kekuatan K-Ekonomi adalah satu-satunya usaha berkesan yang dapat menjamin kesenimbungan kemajuan dan kesejahteraan negara ini.

Kerajaan boleh menyediakan pelbagai infrastruktur dan kemudahan yang diperlukan seperti yang ada di bandar baru Putrajaya dan Cyberjaya untuk menjayakan K-Ekonomi tetapi apa yang lebih penting ialah penyertaan rakyat daripada semua lapisan untuk menguasai pelbagai ilmu, kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan kegiatan K-Ekonomi supaya dapat menghasilkan kejayaan yang diharapkan.

Setiap rakyat perlu berusaha meningkatkan pencapaian mereka di bidang ilmu termasuk penguasaan beberapa bahasa utama dunia. Mereka seharusnya berusaha dari sekarang untuk memaju dan melengkapi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan terutama IT. Negara perlu membuat pelaburan dalam rakyatnya dengan membekalkan ilmu pengetahuan dan mahiran yang tinggi.

Selari dengan usaha ini kerajaan kini turut memberi tumpuan kepada bidang pendidikan supaya dapat melahirkan ramai rakyat yang terpelajar dan berilmu untuk memajukan negara.

Rancangan memajukan K-Ekonomi akan diperkukuhkan lagi dengan memanggil pulang rakyat Malaysia cemerlang di luar negara untuk membantu meningkatkan pencapaian dan kejayaan K-Ekonomi. Penggemblengan tenaga dari pelbagai peringkat penting untuk mewujudkan satu kuasa penggerak yang kental dan jitu bagi memastikan kejayaan yang diharapkan.



Berita Harian, Isnin 13 Mac 2000