<xmp> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4246718683494715286\x26blogName\x3dGOOD!+BETTER!+BEST!\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://justmemyselfnyou.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://justmemyselfnyou.blogspot.com/\x26vt\x3d1236545388416604090', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Welcome
My oh My!.

Hello. Welcome to my blog. It is a personal blog n i really want to enjoy every single word in this blog....

Liza Idris

Create Your Badge
The Princess

:
I'm a very determine person and so into it. Be reasonable and always moderate in everything except your ibadah... Always muhasabah yourself n be around your lovers and appreciate them!.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

click for more
Share wif them
...Razzian... Ammati... Kak Rose... Mek Farah... Pjah... Aziyana... Pojie... Yusma... info susuIbu...

Archives
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
November 2008
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
April 2010
October 2010
December 2010
March 2011
April 2011
May 2011
August 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012

Layout ©

ME. kynzgerl
CODES. manikka
BRUSHES. 1 2
IMAGES. 1 2
The 2 paper heart: moargh.de
SOURCE. BLOGGER BLOGSKINS IMAGESHACK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Saturday, July 25, 2009

suasana kelas yg hening ekoran dari sesi berceramah dari guru tetiba bertukar riuh apabila seorang murid bersuara.. "ana dah minta maaf dari mama ana semlm tapi mama tak menangis pun!" hahahhah! aku yg mendengar pun pecah ketawa. begitulah fikiran anak-anak... sekali kita berleter dia tertunduk memandang lantai tetapi otaknya ligat berfikir sesuatu. acapkali pemikirannya jauh melangkaui sangkaan kita. kalau dulu, zaman aku jauh sekali hendak menjawab. tetapi kini anak-anak jgn dilarang atau ditegah dari mengeluarkan idea dan pandangan. setakat tahun 1 tu usah lah mengajar A,B,C... tah sior nyer deme... kalau masuk kelas tahun 1 ajar 1-10.. huh! mencebik!!! kami dah tahu.. begitulah ayat diorg.

begitu sekali zaman berubah. aku dulu tahun 1 masih terkial-kial menulis nombor.. makin tahun makin berbeza kerenah anak-anak yg berada di tahun 1. makin advance kata org.. kawan-kawan aku yg punya anak di tahun 1 pun kadang-kadang terpaksa mencari idea baru demi untuk memenuhi kehendak anak-anak mereka. aku tgk budak 4 tahun pun dah pandai ada kerja rumah yg dibekalkan guru. mungkin jenama susu yg diberi oleh ibuibu tak? neuron-neuron bergabung...hahahhaha!!!!

Monday, July 20, 2009






adik...
aku tidak pandai merangkai madah
buat tatapan dan renungan kalian
namun detik hati tetap ingin merungkai
sesuatu kegusaran yang telah lama tersemat

adik...
kenangan sewaktu kita bersama
menongkah arus kesusahan
kita riang dan gembira
biarpun keperitan hidup melingkari
zaman kanak-kanak kita
kita bersama menghayun langkah
mencantas keperitan itu

adik...
kini kita meniti zaman dewasa
kalian semakin jauh
kita bergelut untuk meneruskan kehidupan
kita terkadang leka
bahawa dahulu kita pernah bersama

adik...
abah juga telah meninggalkan kita
kini kita hanya memiliki bonda
satu-satunya bonda yg dikurniakan Ilahi kepada kita
baik buruk dia, dia tetap bonda
bonda lah yg bertarung nyawa dulu
membantu abah untuk membesarkan kita
pernah dia jatuh tersungkur..
pernah dia berpanas berhujan
di waktu itu kita menghabiskan masa disekolah
tanpa kita selami kepayahan mereka
telah banyak pengorbanan mereka terhadap kita

adik...
ingatlah pesan abah
jagalah keluarga kita
ingatlah asal usul kita
walau setinggi mana pun kita
jagalah keturunan kita
didiklah ahli keluarga kita sebagaimana abah mendidik kita
bersamalah kita seperti dahulu
saling mengambil berat
saling berkasih sayang
saling menyokong dan membantu
sepertimana kita pernah bersama
membantu abah mengemas gerai
bergelumang dengan peluh
dan menanti pelanggan di situ

adik...
walau apa pun terjadi
sentiasalah ingat
kalian masih ada aku
biarpun aku jauh di mata
namun tempat kalian di hati ini
tidak akan dapat digantikan oleh sesiapa...

Tuesday, July 14, 2009


“The greatest day in your life and mine is when we take total responsibility for our attitudes. That's the day we truly grow up.”
~John Maxwell



Ini member aku dalam kelas.. waktu lecturer pulun ngajor kami pulun posing... lecturer baik.. pandai amek ati students.. hahahha


“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Huraian :

Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau leper di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik:

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.


PERUMPAMAAN Melayu menyatakan ‘sahabat baik umpama pohon rendang‘ membawa maksud rakan karib sanggup bersama ketika susah dan memberi bantuan tanpa mengira masa atau keadaan.

Justeru, Islam sentiasa menasihatkan umatnya berhati-hati memilih sahabat bagi mengelak berkawan dengan mereka yang membawa kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah engkau mengikut orang yang sudah Kami lupakan hatinya untuk mengingati (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya.” (Surah Kahf, ayat 29)

Jika kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, ia merugikan terutama apabila kita turut terpengaruh dengan sikapnya. Oleh itu, pilih sahabat yang membimbing ke arah hidup lebih baik mengikut syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Seseorang menurut agama (aturan) kekasihnya, oleh sebab itu baiklah seseorang daripada kamu semua itu meneliti orang yang dikasihinya.”

Sifat perlu ada pada seseorang yang ingin kita jadikan sahabat bolehlah dicontohi daripada wasiat al-Qamah kepada anaknya.
Katanya: “Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

“Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

“Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu.

“Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.”

Saidina Ali menyatakan: “Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu.”

Saidina Ali membuktikan katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW ketika Baginda dan Saidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah.

Walaupun Saidina Ali tahu risiko bakal dihadapinya kerana pemuda Quraisy bercadang menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuh Baginda, Saidina Ali sanggup menghadapi bahaya itu semata-mata atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya.

Contoh persahabatan lain yang boleh diteladani ialah antara Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiyakan apa yang Rasulullah SAW katakan.

Ketika Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Israk dan Mikraj kepada orang Makkah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah SAW, malah menuduh Baginda pembohong. Mereka berjumpa Saidina Abu Bakar untuk bertanya jika cerita itu benar atau sebaliknya.

Apabila Saidina Abu Bakar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya: “Apakah benar Rasulullah SAW bercerita begitu”. Mereka menjawab ‘ya’. Maka tanpa ragu-ragu Saidina Abu Bakar menyatakan apa yang Rasulullah SAW katakan benar.

Sepanjang perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa berada di depan dan di belakang Baginda SAW. Apabila Baginda bertanya hal ini, Saidina Abu Bakar menjawab:

“Aku berjalan di depanmu untuk memilih jalan yang baik selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatan daripada serangan musuh yang mengejarmu.”

Perhatikan nasihat Abu Sulaiman mengenai pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan Islam. Katanya: “Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada dua orang ini. Pertama, orang yang dapat engkau ajar bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan dirimu untuk akhiratmu.

Jika engkau suka bersahabat dengan orang yang selain dua orang ini, maka pastilah engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.”

Sunday, July 12, 2009

PPSMI akan dimansuhkan pada 2012. bermaksud para pelajar tahun 3 sekarang akan mengalami pemansuhan ini. keputusan kabinet adalah MUKTAMAD! dilangsungkan atau tidak rasanya tidak perlulah diperdebatkan kerana yang penting situasi sekarang ialah perjalanan P&P kepada para pelajar yang terlibat. para guru juga akan mengalami masalah di dalam P&P seharian walaupun tidak terjejas 100% namun kesannya tetap ada. satu kelebihan bagi pelajar luar bandar. dan ada pihak yang kurang bersetuju atas alasan perlaksanaan ini bakal menjejaskan pembelajaran semasa anak-anak mereka. bagi pandangan saya secara jujur, saya berasa amat sayu setiap kali terpandang wajah anak-anak di sekolah. masa depan mereka telah dipertaruhkan. ibadah mereka dalam menuntut ilmu juga dipertaruhkan. sesekali terpandang riak wajah anak-anak ini terdetik juga sejauh manakah perasaan mereka diambilkira. mereka mungkin belum faham apa2 mengenai situasi yang sedang berlaku namun hakikatnya merekalah individu utama yang perlu kita dahulukan. dimanakah hak mereka untuk memilih dan menentukan permulaan masa depan mereka? perasaan serta pengorbanan para guru juga perlu diketengahkan. jangan biarkan pengemudi2 generasi akan datang ini dipinggirkan dan gagal untuk memberi pandangan. soal ketelusan amat perlu dalam menerajui pembentukan pemimpin negara di masa hadapan...

Thursday, July 9, 2009

aha! jadual sem baru untuk kelas master dah dapat... semakin belajar semakin nampak kekurangan yang ada.. rasa semakin kureng.. tapi aku tetap xcited nak pegi ke kelas.. sebab apa? sebab bila ke kelas aku jumpa pelbagai jenis karektor manusia dan aku senang dengan mereka. jauh dan luas topik perbualan.. tak lah berkisar tentang lampin anak... susu anak.. sampai lupa apa berlaku di sekeliling.. bagi aku, ilmu mmg membezakan taraf pemikiran seseorang. bagi aku juga, pendapat bahawa belajar tingg2 pun tak de beza itu adalah salah. hanya dengan ilmu kita mampu mendekatkan diri dengan Allah. hanya dengan ilmu ibadah kita diterima Allah. dan hanya dengan ilmu juga kita mampu menjalani hidup di atas muka bumi Allah ini. sem pendek yang lepas mmg memenatkan walaupun hanya 1 paper yg aku ambil. Latihan Dan Pembangunan! dengar mcm biasa tapi azab nak menerbitkan satu artikel yang berkualiti mmg tak dapat nak diceritakan. bermula dengan sebuah buku tesis 10 tahun yg lepas,kami kena jadikan 15 m/s then termasuk dapatan terkini 2009. 15 m/s??? tercengang juga member2 aku dalam kelas tapi nak tak nak kene juga siapkan. dalam masa 3 minggu kotak pikiran aku penuh dengan ingatan nak siapkan esaimen kali ni. takut pointer jatuh n kebetulan tajuk yg aku dapat pun menarik. "PERSPEKTIF KAUM CINA TERHADAP KERJAYA PERGURUAN : SATU TINJAUAN" Alhamdulillah, sekali tunjuk artikel tu lecturer dah terima. ada jugak member2 aku yg di reject artikelnya.. Alhamdulillah juga ada kakak ipar yg sedia membantu. thanks Prof.Dr. Nabilah Abdullah. selama 2 minggu aku relax tanpa jadual dan byk habiskan dengan kajian internet dan maklumat dari kawan2 siber. hanya dengan cara itu je maklumat terkini aku boleh muatkan dlm artikel sbb tajuk ni tak de buku khas yg dijual. puas aku merantau dari satu kedai ke satu kedai tak kira tempat : kedah! jb! kuantan! ia hanya melibatkan laporan PIPP dari kementerian, DEB, Jabatan Perangkaan dan lain-lain lagi. dalam sibuk2 macam tu hubby aku pulak menjalani operation. maka terpaksalah aku sesambil buat esaimen ni kat KMC tapi segalanya dah selesai. artikel dah dihantar, hubby pun lepas operation tak demam sebab dia rajin makan ubat.. hehehhe... oh ya satu lagi.. thanks yoe sbb menawarkan diri untuk siapkan artikel aku.. tak pe, ada kajian kes yg lebih dasat nnt aku kasi ko buat...hahahha... doa2kan aku lepas masa present bersama publisher bulan 9 nnt. untung2 artikel aku diterbitkan..hahahha... masa ko siapkan kajian kes aku, boleh la aku familiarkan diri dengan sistem SPSS.. kalau aku tau SPSS ni ada tak payah la aku susah2 belajar statistik dulu.. masuk je data then enter..siap! ceh...
harini dah dapat jadual mengajar.. ok la.. not so bad.. aku redha je sbb aku percaya kalau kita usaha apa pun yg diberikan pasti mudah.. contohnya pengalaman aku sendiri.. sek dari aliran arab berubah ke ijazah aliran sains then berubah plak ke master aliran sastera.. tapi aku suker sbb byk yg aku pelajari. dan aku mmg memasang angan2 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD. teringin sangat buat PhD kat overseas.. tapi hubby dah bgtau : lepas ni turn abg pulak ye buat master.. hahahha! kali ni semua 7 adik beradik aku melanjutkan pelajaran lagi..InsyaAllah pesan abah agar jgn putus asa dlm menuntut ilmu tetap kami ingat. tok guru aku pesan : jadilah macam ikan..isinya tetap sama walaupun berada di laut masin... tak mudah berubah walaupun situasi yg mencabar dan pelbagai... smile!!!