Tuesday, July 29, 2008
a. Memahami Islam dgn sebenar2nya,sebagai cara hidup yg mantap syamil,seimbang dan mendalam
b. Memahami reality hidup, reality hidup umat Islam, bukan Islam dan musuh2 Islam
c. Memahami hukum2 Islam dlm konteks pensejarahan dan perubahan masyarakat
d. Memahami Maqasid syari’ah tanpa jumud berpandukan pada zahir nas.
e. Memahami fiqh awlawiyyat dan kaitannya dengan fiqh al-Muwazanat
f. Memahami fiqh permasalahan khilaf ulamak, adab & tatasusila berbeza pandangan dengan kumpulan orang Islam ( Nata’awanu...)
g. Menggabngkan pendekatan salafiyyah dengan tajdid antara tuntutan tradisi & kperluan masa
h. Dapat mengimbangi antara tuntutan Dawabit al-Syara’ dengan keperluan perubahan yg mendesak. Kita tak nafikan anak2 perlu pd hiburan, tapi adakah secara prinsipnya kita tanamkan aqidah dlm diri, sesudah itu jika dia cari hiburan, dia akan ada ikatan yg mengawalnya, bukannya dilepaskan tanpa tali pengikat !
i. Yakin bahawa perubahan mental, psikologi dan akhlak adalah asas ke arah berlakunya perubahan peradaban & tamadun.
j. Mampu menampilkan Islam sebagai gagasan tamadun alternatif yg komprehensif/ syumul utk membangunkan umat, di samping menyelamatkan manusia sejagat dari arus yg mempengaruhi manusia iaitulah fahaman yang berasaskan kebendaan dan al-Baqa` lil aqwa.
k. Cenderung kepada pendekatan mempermudaahkan ( al-Taysier ), dlm konteks fatwa dan pendekatan tabsyir dlm dakwah.
l. Memaparkan kpd umum akan nilai sosio politic Islam seperti kebebasan, maruah diri, syura, keadilan sosial dan mempromosikan pandangan Islam dlm isu hak2 asasi manusia.
m. Cenderung berdialog dgn orang lain, samada dgn org Islam atau bukan Islam untk memberikan penjelasan sebenar ttg Islam.
n. Sedia berjihad mempertahankan maruah dan martabat umat & negara Islam.
Monday, July 28, 2008
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu...
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu...
Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya...
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu...
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu...
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...
Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya...
Thursday, July 24, 2008
lelaki yang aku nak ceritakan ni adalah antara orang yg istimewa dalam hidup aku. rasanya kalau dihimpun semua perkara baik yg aku pernah buat kat dia, takkan sama dengan pengorbanan dia kat aku. dia adalah insan yg bernama ABAH! masih aku ingat, dia lah org yg bersusah-payah membawa 3 orang anak sekaligus naik motor berulang-alik ke sekolah.tak pernah merungut. tak pernah aku dgr dia bersungut. dialah satu-nya manusia yang bergadai nyawa dan harta demi aku dan 6 org lagi adik. walau tiada seorang pun pelanggan yg singgah di kedai kopi kami tapi dia tetap tidak berganjak, jauh sekali berputus asa untuk menutup perniagaan kami. aku masih ingat... hari pertama kami berniaga. 2 orang pelanggan datang. tu la saat2 manis bila ada org melangkah masuk untuk pesan minuman. abah tersenyum... aku dan adik pun sama. bangga. abah sediakan pesanan... aku dan adik sibuk pijak lalang keliling kedai. habis gatal2 seluruh badan tapi kami seronok sbb boleh tolong abah. kalau sblm ni abah byk buat keje lain sblm ambil keputusan nak berniaga teh tarik. jual ikan bakar, jual ulam2 di pasar malam, jual mee bandung, nasi lemak... masa tu aku baru dalam darjah 6. seronoknya bila tau abah nak berniaga teh tarik. walaupun cuma dekat gerai tepi jalan. aku tgk mak pun tak membantah. setianya mak... aku bertuah ada mak setabah dia.
Friday, July 11, 2008
hari ni berborak ngan member seperjuangan. masing-masing meluahkan rasa kecewa yang sudah sekian lama terpendam. cuma akhir-akhir ini rasa tu mcm meletup. mungkin lebih tepat kalau aku kata rasa sedih... tapi sebagai manusia yg masih mampu bertahan, aku akan cuba sedaya mungkin untuk bertahan. bertapak di bumi berkat ini untuk mendidik. biar pun tidak dipandang walau sebelah mata tapi aku tahu, bukan pandangan manusia yg aku cari. bukan penghormatan makhluk setaraf aku yg aku damba. aku ingin kuat semangat kerana di bumi berkat ini banyak mengajar aku erti kesabaran. biarpun tahap kesabaran aku masih terlalu nipis. aku juga tidak ingin mengalah kerana perkataan mengalah tidak wujud dalam kamus hidup aku. aku juga ingin melihat teman-teman seperjuangan di bumi berkat ini sama-sama membina tembok ini. sama-sama berperit jerih kerana kita tahu arah tujuan kita... terima kasih teman.
Thursday, July 10, 2008
ntah kali ke berapa la dlm tahun ni meeting... semlm meeting lagi. meeting yg membuatkan semua yg terlibat pening kepala, sakit kepala dan piong-piong lalat gitu. ingatkan kalau meeting, tak byk, sedikit la keje tu ok. makin baik. tapi rasanya semakin meeting semakin kusut. mcm benang, makin panjang makin mudah jadi kusut. dah tu macamana? takkan nak boikot meeting? akhirnya berpatah balik kepada kata-kata ustaz asraff, fikir dan zikir.... jadi kepada sahabat-sahabat yg seangkatan berjuang di medan ini : pahitnya kita rasa disini kerana manisnya kita akan dapat di sana....
Tuesday, July 1, 2008
kalau tenung2 balik, life aku kat bandar kuantan nih mcm mimpi je. tup2 dah 5 thn aku bermastautin kat sini ikut suami tercinta. tinggalkan kg halaman selama lebih 12 thn. kalau ikutkan hati mmg nak terbang balik kg. RINDU! rindu sgt suasana di kg. life kat kuantan ni macam tak berapa serasi dgn aku. tapi dah rezki kat sini. nak tak nak stay je lah sini. keje kat sini, rumah di sini, anak2 kesayangan di sini. aku mmg berusaha untuk keluar dari bandar ini tapi mcm susah sgt. kekadang aku pun tak paham, dlm byk2 tempat tetiba kuantan jadi tempat aku tinggal. aku dah pun di sini tapi mungkin tak selama-lamanya. keje kat sini menuntut tahap kesabaran yg amat tinggi. tak pernah aku bayangkan sampai mcm ni sekali dugaan yg aku akan dapat. 4 thn aku kat tempat keje ni... berapa ramai sahabat yg aku dapat???? hhhmmmm.... ada ke? berbaloi ke aku di sini???? ikut kan ati, aku blah je 24 jam. itu kalau ikut geram ati lah... semua benda salah di mata org. tapi selagi boleh tahan, aku buat dekkkk je. huh! harap sesgt dapat keluar dari sini. PENAT!
tak semua orang bertuah utk mendapat sahabat...
aku mungkin tergolong dalam org yg bertuah ada sahabat. saat paling manis dalam hidup aku bersama sahabat ialah semasa aku stay kat kl. bertuah sangat aku dapat kenal ngan sahabat2 aku. tapi sekarang masing2 dah ada life tersendiri. masih aku ingat ketika kami sama-sama mengharung kesesakan menaiki lrt, star, komuter berulang-alik dari klcc ke bangi. perit tapi aku suka semua kenangan tu. dan aku percaya sahabat2 aku pun sama. tak boleh ingat cemana peristiwa kena kacau hantu di banglo permata, pepagi naik teksi ke stesen komuter, berbuka puasa di stesen putra. lepas tu pindah ke desa pandan. seronoknya saat tu... kami pun macam org biasa, ada masa suka, ada masa duka... aku tau, aku byk buat salah pada sahabat2 aku... tapi semua tu tak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. buat sahabat yg aku sayangi (ej, lin, molly) terima kasih atas semuanya. semoga ikatan persahabatan kita kekal di atas landasan keikhlasan. mmmuuuuaaahhhhhhhssssssssssss!