<xmp> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4246718683494715286\x26blogName\x3dGOOD!+BETTER!+BEST!\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://justmemyselfnyou.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://justmemyselfnyou.blogspot.com/\x26vt\x3d-8187606689988496178', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script> </xmp>
Welcome
My oh My!.

Hello. Welcome to my blog. It is a personal blog n i really want to enjoy every single word in this blog....

Liza Idris

Create Your Badge
The Princess

:
I'm a very determine person and so into it. Be reasonable and always moderate in everything except your ibadah... Always muhasabah yourself n be around your lovers and appreciate them!.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

click for more
Share wif them
...Razzian... Ammati... Kak Rose... Mek Farah... Pjah... Aziyana... Pojie... Yusma... info susuIbu...

Archives
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
November 2008
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
April 2010
October 2010
December 2010
March 2011
April 2011
May 2011
August 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012

Layout ©

ME. kynzgerl
CODES. manikka
BRUSHES. 1 2
IMAGES. 1 2
The 2 paper heart: moargh.de
SOURCE. BLOGGER BLOGSKINS IMAGESHACK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Friday, March 27, 2009

Kesibukan kita dalam menguruskan tugas-tugas harian mungkin telah membataskan beberapa aktiviti sampingan yang kadangkala dipandang remeh. apatah lagi bagi mereka yang bertugas di luar dan memainkan peranan sebagai surirumah pula. pernah seorang sahabat datang dan mengadu terlalu penat dan tidak terurus segala kerjanya apabila ditugaskan dengan beberapa perkara secara tiba-tiba. sementelah pula dia sedang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. timbul juga rasa kasihan tatkala melihat wajahnya yang murung dan berserabut itu. namun bagi saya, dalam hidup ini kita hendaklah melihat sesuatu perkara itu secara positif dan menanganinya sebaik mungkin. dimana dan bagaimana kita mengatasi setiap masalah serta tugas harian juga memainkan peranan penting, atau dengan kata lain keutamaan yang telah kita rancangkan. hidup sebenarnya akan lebih teratur jika kita tahu nilai sesuatu tugas. kita lembarkan di dalam satu senarai keutamaan. yang terpenting akan dilaksanakan dahulu mengikut objektif yang kita fikirkan.
Bagaimana kita menilai sesuatu keutamaan tugas? adakah tugas yang paling hampir tarikh perlaksanaannya yang kita dahulukan? teringat saya kepada satu pepatah cina yang berbunyi hampir begini ; lakukan tugas yang masih jauh dahulu. maksudnya, jadikan satu kebiasaan untuk kita melakukan tugas yang selangkh ke hadapan. ini bagi memastikan kita tidak melakukan tugasan di saat-saat akhir. inilah yang menjadi motto dalam saya menjalankan tugas seharian. rasanya tiada istilah gagal untuk mendepani tugasan "ad-hoc" sekiranya ada...

Tuesday, March 17, 2009

sejauh mana pandangan para guru diterimapakai di negara kita? cuba kita renungkan, jika pakar dari kalangan doktor mengeluarkan sesuatu fakta atau para peguam menyatakan sesuatu akta, kita mudah untuk menerima dan sekaligus mengiyakan kata-kata serta idea mereka. tetapi pernahkah kita terfikir, jika sesuatu pandangan dan perkara itu diutarakan dan dikeluarkan oleh pihak guru, adakah ia dianggap dan diterimaguna seserius pihak cendikiawan yang lain? di manakah kekurangan dan kelebihan antara pihak-pihak ini? pada pandangan saya, ini mungkin berpunca dari tahap pengiktirafan di dalam bidang masing-masing. peguam contohnya, bukan semua orang diiktiraf sewenang-wenangnya sebagai peguam jika tidak melalui bertahun-tahun proses pengguaman. begitu juga doktor, arkitek atau jurutera. namun, berbeza dengan kerjaya sebagai guru. dalam masa beberapa bulan sahaja sudah boleh diiktiraf sebagai guru, malah dalam masa sehari juga boleh sekiranya diperlukan sebagai guru ganti. dengan telahan, ilmu yang dipelajari sejak sekolah boleh disalurkan secara langsung dan sesiapa saja boleh diterima dengan syarat telah menamatkan sesi persekolahan menengah. sepatutnya profesion perguruan tidak boleh sama sekali di pandang remeh kerana ia melibatkan proses pembentukan manusia. manusia yang memiliki akal, hati serta tahu berfikir. lebih bahaya dari menguruskan mesin atau kertas pensil. di dalam kemelut PPSMI sekarang, sejauh manakah pandangan guru sebagai pelaksana PPSMI ini diambilkira? sepatutnya suara dan pandangan mereka lebih diendahkan kerana melalui pelaksana inilah kita bakal mendapat gambaran sebenar keberkesanan PPSMI ini. supaya ia tidak diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak tertentu dan dijadikan mainan politik bagi sesetengah pihak. guru yang melaksanakan dan menghadapi segalanya setiap hari dalam proses PPSMI ini. hanya mereka yang tahu setakat mana kejayaan dan di mana kekurangan yang patut diadakan penambahbaikan demi kelangsungan program ini. di dalam masyarakat pula, penerimaan mereka terhadap suara-suara pandangan oleh golongan guru masih belum memuaskan. mungkin kita perlu mengubah situasi ini dan lebih mengiktiraf buah fikiran dari golongan guru setanding dengan penerimaan kita apabila sesuatu pandangan itu dilontarkan oleh pihak profesional yang lain.


kepimpinan atau leadership sebenarnya mempunyai pelbagai teori dan persepsi. sejak zaman berzaman manusia telah mengkaji tentang corak kepimpinan semasa dan sehingga kini ia masih berterusan. kepimpinan mempunyai skop yang luas untuk di kaji. sebelum ini teori kepimpinan hanya berlandaskan ruang lingkup pentadbiran tetapi kini ia juga meliputi skop pendidikan. pendidikan kini di lhat sebagai sesuatu yang penting dan memainkan peranannya yang tersendiri. oleh itu sehingga artikel ini di tulis, satu-satunya teori yang diterbitkan oleh ahli pendidikan ialah teori kepimpinan lestari atau sustainable leadership. teori kepimpinan ini di lihat mengambil kira situasi sekeliling. hubungan antara pengikut dan pemimpin juga di lihat memainkan peranan yang penting dan keperluan pengikut menjadi keutamaan pemimpin untuk mencapai matlamat organisasi dan memastikan sekolah akan bergerak selari dengan visi dan misinya.jika di tanya apakah teori kepimpinan yang terbaik untuk diadaptasikan oleh pemimpin dalam pentadbirannya? mungkinkah semua pemimpin akan berjaya di dalam kepimpinannya jika beliau mengaplikasikan teori itu? sebenarnya tiada teori tetap yang menyatakan sesuatu teori itu sesuai pada semua tempat. teori yang berkesan adalah teori yang digunakan bersesuaian mengikut tempat atau organisasi serta mengambil kira iklim semasa organisasi tersebut. kebanyakan pemimpin hebat masakini menggabungkan teori-teori kepimpinan yang ada untuk meneruskan kelangsungan kepimpinannya. pengikut juga adalah pemboleh ubah yang tidak tetap dan ini menyebabkan mengapa tidak dapat dinyatakan bahawa terdapat satu teori yang berkesan untuk semua keadaan. kajian teori seperti teori traits, behaviors, contigency, situational, symbolic dan lain-lain lagi membuktikan bahawa teori senantiasa berkembang dan aplikasinya juga berubah-ubah dan menuju ke arah yang lebih positif.

Tuesday, March 10, 2009

dah 5 tahun aku kat sekolah ni, puaskah aku dgn keje aku di sini? sejauh mana aku mengukur tahap kepuasan pekerjaan aku? apakah kayu ukur yg aku letakkan untuk menyatakan bahawa aku sudah berada di puncak dalam perjalanan hidup ini? susah jugak tu... mungkin sebab ini juga lah aku meneruskan pembelajaran aku di bidang yang lebih tinggi. tak puas rasanya kalau setakat ituuuu jugak dan tetiap tahun ituuuu jugak aku canangkan kepada pelajar2 di sekolah. rasa makin tahun aku lagi terer dari anak murid aku sendiri sbb aku dah 4 tahun khatam subjek yg sama... hehehehhe... ada sorang hamba Allah ni kata kat aku : otak kita ni kalau tak di cabar makin beku jadinya, so kekadang kene di cabar skit baru aktif.. ye ke...????


Supportive Leadership

Being friendly and approachable as a leader and includes attending to the well-being and human needs of subordinates. Leaders treat subordinates as equals and give them respect for their status.

Sunday, March 8, 2009


Kalau tanya saya, pendapat ttg PPSMI ni, saya akui lebih cenderung untuk meneruskan PPSMI ini. cuma ada beberapa aspek yang masih perlu kepada peningkatan dan penambahbaikan. terutamanya dari segi persediaan guru-guru yang terbabit dengan PPSMI ini. bukan apa, dalam dunia sekarang mmg tidak boleh dinafikan bahasa inggeris itu penting dan bahasa ibunda juga penting. cuba kita lihat ibu bapa kita yang bersekolah dulu... medium dan pemikirannya mantap. abah saya sendiri sekolah agama yang mediumnya bahasa arab. mak saya pulak medium pendidikannya bahasa inggeris. saya lihat masing-masing ada kelebihannya. saya adik beradik membesar dalam suasana yang hebat kerana jika ada masalah pembelajaran berkaitan bahasa inggeris, mak ada. kalau melibatkan bahasa arab (kami adik beradik sekolah arab) abah ada. seronoknya rasa.. so kalau tanya saya PPSMI perlu diteruskan atau tidak...saya (bebas dari pengaruh politik) akan bercakap: ya, teruskan!


sebut je PPSMI, kepala mula la tak boleh nak fokus pada keje. Assignment pun ada tajuk ni. Isu hangat sekarang. Kalau di sekolah, pengetua tanya pendapat...mula la rasa memulas perut. 5 hari kat sekolah dengan masalah guru yang serabut dengan PPSMI ni lepas tu hujung minggu pun bincang PPSMI. lehai....


salam...
tahun 2009 sekali lagi melakarkan sejarah buat saya kerana berjaya menempatkan diri untuk menyambungkan pelajaran di peringkat sarjana. Alahmdulillah. Belajar di peringkat sarjana sama sekali berbeza dengan peringkat ijazah sarjana muda. peringkat sarjana memerlukan kita melontarkan pendapat berdasarkan fakta, teori, kajian serta dapatan sendiri. kalau dulu di peringkat ijazah lebih kepada amali. Apatah lagi biadang yg sama sekali berbeza. Namun Insya-Allah berkat keazaman 2009 dan berkat doa restu insan2 tersayang segalanya pasti mudah...