<xmp> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4246718683494715286\x26blogName\x3dGOOD!+BETTER!+BEST!\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://justmemyselfnyou.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://justmemyselfnyou.blogspot.com/\x26vt\x3d-8187606689988496178', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script> </xmp>
Welcome
My oh My!.

Hello. Welcome to my blog. It is a personal blog n i really want to enjoy every single word in this blog....

Liza Idris

Create Your Badge
The Princess

:
I'm a very determine person and so into it. Be reasonable and always moderate in everything except your ibadah... Always muhasabah yourself n be around your lovers and appreciate them!.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

click for more
Share wif them
...Razzian... Ammati... Kak Rose... Mek Farah... Pjah... Aziyana... Pojie... Yusma... info susuIbu...

Archives
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
November 2008
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
April 2010
October 2010
December 2010
March 2011
April 2011
May 2011
August 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012

Layout ©

ME. kynzgerl
CODES. manikka
BRUSHES. 1 2
IMAGES. 1 2
The 2 paper heart: moargh.de
SOURCE. BLOGGER BLOGSKINS IMAGESHACK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thursday, April 30, 2009





Tuesday, April 28, 2009

resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti

meski
pagi itu menatapi
akan sunyi tanpamu
menemani aku sepi

tanpa..
cintamu aku resah
tanpa..
kasihmu aku hampa
tanpa..
dirimu aku nanti

Kini benar-benarku rasakan
dalam benuk hatiku tanpamu
aku tak mengerti
takut
takut jauh cari dirimu
kan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu ku mati

resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti

Monday, April 27, 2009


catatan sedih dan pilu ini aku tujukan khas buat abah yang aku sanjung. nukilan dan perasaan rindu buat abah yang aku titipkan dalam blog bertarikh 20 april yg lalu sebenarnya bertarikh 21 april. itulah nukilan terakhir aku sebelum abah menghembuskan nafasnya yg terakhir. tiada sesiapa pun disisinya kerana itulah doa beliau untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa dan ingin mudah menemui maha pencipta. perit dan sayu untuk dilakarkan bagaimana saat2 itu berlaku kerana kami sendiri tidak pasti bilakah masa yg tepat abah tiada lagi. semangat aku luluh. apatah lagi bila terpandang wajah adik2... baru aku sedar, aku tidak kuat menghadapi dugaan Allah ini. aku rebah. abah telah pergi. aku sendiri tidak percaya. mlm sebelum anah pergi, aku tidur bertemankan gambar abah dan mak. aku rindu untuk mendakap abah. rupa-rupanya perasaan itu adalah petanda bahawa aku harus segera pulang menemui abah. kali terakhir aku bercakap dengan arwah adalah pagi sebelum beliau pergi buat selama-lamanya. abah gembira aku nak balik. begitu bersungguh2 dia membasuh rumah supaya anak-anak selesa untuk tidur. berbekalkan segelas air teh, dia mengemas ruang atas rumah. masih berbaki air teh di dalam gelas di bilik aku. masih ada berus dan baldi di ruang bilik itu. aku sebak. sebak yg amat sangat bila melihat semua itu. aku tak kuat menghadapi semua ini tatkala peperiksaan akhir kian hampir. abah, kak ja minta maaf. maaf kerana tidak dpat menjadi anak yg terbaik buat abah. tidak mampu menyempurnakan mahligai untuk abah tinggal di dalamnya. semoga abah ditempatkan bersama para syuhada yg memperjuangkan agama Allah. Al-fatihah buat Allahyarham ayahanda tercinta, IDRIS B ARIFFIN. (080149 hingga 210409)

Labels:


Tuesday, April 21, 2009

semalam tetiba lepas maghrib aku terasa sayu sangat. sayu kerana teringatkan abah dan mak di kampung. lebih 4 bulan dah aku tak jenguk kampung. pendek kata tahun ni belum pernah sekali pun aku balik kampung. menitis air mata sebelum lena semlm. aku rindu sangat dekat abah. semua kenangan masa dulu tetiba menerjah kotak minda aku. teringat saat2 dia pam kan tayar basikal aku dan adik2 setiap petang. bak kata orang, setiap petang itulah rutin dia. agar esok anak-anak senang ke sekolah. kalau brek kurang makan, abah akan usahakan sendiri untuk memperbaikinya. tak hantar ke kedai sebab melibatkan kos. kami tak mampu. aku pula kekadang kesian sgt tgk dia terbongkok-bongkok betulkan basikal buruk yang menjadi nadi kami ke sekolah. terbayang juga kesungguhan abah memerah teringat berniaga air kopi. tanpa mengira hujan atau panas abah tetap setia di kedai. kalau ada orang upah abah bawak steamroll untuk ke JPJ abah akan terima dan tinggalkan kedai kat mak. mak pulak kekadang terkial-kial buat air. dapat lah dalam rm50 sebagai upah bawak ke JPJ. bagai jelas di mata saat abah rotan aku sebab tak pandai baca jawi masa aku darjah 1. mungkin abah penat sebab dia baru je pulang dari bekerja shift petang n aku pulak tak pandai-pandai baca jawi, asik tersangkut-sangkut je membaca. aku juga masih ingat semasa berumur 4 tahun, aku disuruh mengulang semula alif ba ta sebab payah sangat nak menyebut huruf al-qur'an. masa tu aku sedih n menangis sampai terlelap di luar tapi aku sedar abah mendukung aku ke atas katil dengan penuh kasih sayang. aku ingat semua itu. jelas! kini, bila aku sudah berumahtangga aku tidak mampu meluangkan masa hatta sehari pun untuk menjenguk abah di kampung. setelah apa yang abah korbankan untuk aku. setelah segala hidupnya abah berikan untuk aku... jika abah boleh membaca nukilan aku ini, aku ingin sekali dia tahu bahawa abah adalah lelaki pertama dalam hati aku. lelaki yang aku sanjung. lelaki yang menjadi idola aku selama-lamanya. lelaki yang takkan dapat ditandingi oleh mana-mana insan bernama LELAKI...

Labels:


Monday, April 20, 2009

kalau sebelum2 ni aku pening berfikir kaedah terbaik untuk ke kuliah hujung minggu tapi pengalaman kali ni lebih hebat lagi. bermula dengan bersengkang mata jam 4 pagi memandu ke rompin seorang diri, sampailah sesat entah kemana utk pulang ke kuantan. sudah la memandu jalan tg. lumpur ke pekan tu satu dugaan..merentas kegelapan namun Alhamdulillah Allah mudahkan maka sampailah aku ke rompin. dari rompin tukar kereta dan naik dengan kak ros ke jb. dalam kereta mmg aku sakit kepala sebab menahan mengantuk yang amat sangat. tapi layan jugak tu kak ros berborak sbb seronok nak bercakap. ada lah 3 round juga aku terlelap. third round aku terjaga bila terdengar kak ros kata kami sesat. bulat mata aku. mak aiiii bila masa lak dah sampai ke skudai ni? terlepas flyover. kenalah buat teori U plak...terus masuk ke taman universiti. ingat nak binding senang je tup2 cina tu kata kena sediakan cover. pulak dahhhh...maka bertungkus-lumus lah kami buat cover dalam kete.. cari kedai nak print n hntr. dia kata kul 2 bleh siap. jam dah kul 10 lebih. nak tunggu ke nak pegi kelas dulu? kak ros kata jom pegi kelas dulu...maka bertolak lah kami ke pontian... nak jadi cerita lagi, kami sesat buat kali ke-2. sekali lagi buat teori U dlm UTM. aku tabahkan ati...tak pe, ni cabaran nak ke kuliah minggu ni kot... bila sampai simpang ke gelang patah, jem bagai nak rak!!! berderet2 kereta lori. ada nak dekat sejam juga lah makan angin dalam kete. aku syak ni musti xcden hebat ni. entah2 ada yang jadi jenazah kat depan tu. atau lori balak langgar beskal. arwah dah aku rasa mamat yg naik beskal tu. bila sampai kat tempat kejadian, ada 2 buah kete. uik... tak de kemek apa2 pun kete ni??? tapi pemandu bergaduh tgh2 jln... Ya Allah... ini betul2 kejadian nih... kete tak terusik cuma tersentuh skit je tapi menyusahkan abis pengguna area gelang patah. dah lepas jem..tetiba sangkut jem kali ke-2.. OoOoOooO pak polisi buat roadblock. apsalllllll lah dia tak g jaga lalulintas tadi? so 2 kali jem nmpknya... aku tiba di kuliah jam 12 tghari..masuk kelas lecturer kata brenti rehat...uuuuuwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... muka pun dah pucat mcm nak pitam. tapi aku gagahkan juga. abis kuliah, kami luch n terus cari hotel nak rehatkan badan. sampai hotel mmg aku tak leh berdiri dah.. debummmmm atas katil n ZZZZZZZzzzzzzzzzzzz...... kak ros kata aku berdengkur. hahahhahha mmg lah sbb lunyai dah badan. hari kedua di pontian ok skit sbb badan dah fresh walau pun semlm nak dekat jam 2 pagi aku settle kan assignment. nak tambahkan perisa kepada cerita ni.. aku punya la serabut time nak balik ke ktn. abis aku tinggal nota nak xm dlm kelas... mujur ada yan yang cute itu nak tlg pos kan. kak ros speed 130-140 km/j. nah amek kooooo... roadblock kat depan. hehehhe.. tapi kami lepas sbb kak ros pandai buat kepala lentok.maka kami pun meneruskan perjalanan ke rompin. aku singgah ke kfc beli nugget n air milo buat bekalan n isi minyak terus sebagai langkah berjaga-jaga. sampai di pekan buat kali ke-3nya aku kembali menyesatkan diri. terbabas simpang ke kuantan. maka al-kisahnya merantau lah aku tapi kali ni bukan setakat teori U malah teori X Y Z aku hentam sebab aku dah berpusing ke muadzam shah semula. Allah je tahu penatnyer lehai badan ni. tapi mmg pengalaman betul. aku tak kisah nak meronda hatta sampai ke phuket pun tapi biarlah badan ok skit. kondisi yg lebih molek. aku rasa kalau hubby aku baca catatan ni sure dia bangga giler sbb impian dia untuk aku berdikari dah tercapai. seronoknya kalau drive sengsorang ni ikut suker hati aku lah nak speed berapa. agak penat aku speed 80 je tapi agak2 time boring aku up skit ke 130. muahhahahha. itulah serba skit pengalaman aku menimba ilmu. aku rasa pelajar kelas aku patut bersyukur tak perlu bersusah payah mcm aku. itu pun nak mintak skit consideration kelas setat lewat punnnnnnn diorg tanak. sedih kengkadang...

Labels:


Friday, April 17, 2009

Aku sekarang
Adalah bahagian dari masa laluku
Aku pernah pergi
Meninggalkan dirimu jauh
Melupakanmu
Tapi lihatlah.... Diriku rapuh..
Tanpa dirimu tiada ertiku
Hebatnya engkau...
Tak sedetikpun
Pernah kau meninggalkan diriku
Kusedari....
Kerana dirimu
Ku mampu berdiri tegar
Seberat apapun
Beban di hadapan ku kini
Kerana cintamu
Ku mampu berjalan tenang
Sesulit bagaimanapun jalan Yang ku lalui nanti

Pasti hanya dirimu
Kaulah segalanya
Ku jaga selalu, satu cintamu.

Labels:


Thursday, April 16, 2009

Ilmu membezakan martabat seseorang! ya tepat sekali. sebenarnya tahap pemikiran dan kematangan seseorang boleh kita nilai berdasarkan corak komunikasi mereka. pernahkah kita terfikir, mengapa orang disekeliling kita bertindak seperti itu? bagi saya, segala apa yang berlaku di sekeliling saya adalah tanda kekuasaan Allah yang mahu saya belajar agar mengambil iktibar dari tingkah laku insan-insan sekitar. terkadang saya ingin sangat agar mereka ini bersama-sama saya untuk berfikir di luar kelompok yang sudah dirasakan selesa. ingin sangat untuk bersama-sama merasai bagaimanakah agaknya jika kita mampu berada di sebuah zon yang di luar dari keselesaan kita selama ini. benar kata-kata dari salah seorang sahabat saya : memang ada perbezaan antara orang yang berilmu dengan orang yang kurang berilmu. dari itu besarlah harapan saya untuk sentiasa berada bersama mereka yang berilmu. agar kehidupan akan datang lebih bermakna. perkataan yang lahir selepas berfikir akan membawa tuah dan secara peribadi, saya senantiasa berkata kepada diri sendiri : berusaha menjadi yang terbaik dan JGN malas untuk berubah kearah kebaikan. saya akan sentiasa memandang ke hadapan dan tidak ingin lagi meratapi masa lalu yang sedih dan sukar. ianya akan selalu terpahat sebagai panduan bagi mengharungi masa-masa hadapan. agar kesilapan lalu tidak berulang. masa kini adalah milik saya dan saya ingin mencapai segalanya untuk berada di puncak yang lebih tinggi.

Labels:


Monday, April 13, 2009

hari ni 13.4.09. wah! cuti! baru la rasa lapang n tenang skit. semlm ada hari sukan sekolah. boleh tahan penat... meriah walau hujan. hari ni pagi2 dah pegi sarapan ngan abang. dah lama tak sarapan bersama. lepas hantar abg ke tempat kerja, aku balik lepak kat rumah. sapu sampah skit, sambung assignment, sidai kain, n tepon mak jap. janji ngan na nak keluar bandar. bawa bb habib. lepas settle seme kami singgah mcD jap tapi take away je. balik umah makan-makan n lepak2 borak. best sbb tak byk yg buat tapi melegakan otak. paling tidak bila dah hantar folio untuk binding. rabu ni boleh la amek. hahahhah... lega woooo... mlm pegi pasar mlm, makan n rehat2 je. esok kene siapkan soalan xm. cepatnya masa berlalu. eh 2hb mei ni ada xm final. mak aiiii cepatnya masa berlalu. dah abis 1 sem rupanya aku ni.. harap2 result kali ni BOOMMMM!!! amin....


Apa pendapat anda sekiranya terdapat pemimpin kuku besi di organisasi anda? adakah corak kepimpinan begini perlu di dalam sesebuah organisasi sebagai method kawalan prestasi pekerja? at least seorang. bolehkah pemimpin kuku besi atau lebih bersikap autokratik ini membawa sesebuah organisasi itu pergi lebih jauh? hhhmmm... andaikan beliau berjaya mengawal, dan organisasi berjaya mencapai KPI adakah bermakna organisasi tersebut berjaya? apakah penanda aras untuk menyatakan organisasi itu berjaya? pada pandangan saya, kejayaan sesebuah organisasi adalah terletak kepada dua faktor. pertama : kiraan profit tahunan. kedua : tahap kepuasan pekerja. iaitu adakah kejayaan itu di kongsi dan di hargai bersama para pekerja yang menggerakkan sesebuah organisasi? kebanyakan organisasi di Malaysia cenderung untuk mengukur tahap kejayaannya melalui kiraan profit tahunan. seringkali kepuasan pekerja untuk berkhidmat lebih lama diletak ke tepi. organisasi seharusnya lebih menghargai pekerja kerana pekerja adalah penggerak dan nadi kepada organisasi. jika di lihat di negara jepun, tahap kesetiaan atau loyalty pekerja amat tinggi. budaya tersebut telah lama diamalkan dan sudah menjadi status quo mereka. biasanya pekerja mahir dan berpengalaman jika berkhidmat lama di dalam organisasi akan menjadi satu aset berharga kerana padanya telah tertanam budaya kerja dan kemahiran bekerja di tempat tersebut. oleh itu, amat penting untuk menghargai pekerja senior yang outstanding kerjanya dengan menjaga kebajikan beliau.



Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..

Thursday, April 9, 2009


SETIAP HARI KITA MENGHAYUNKAN LANGKAH SEIRING DENGAN PEREDARAN MASA YANG SEMAKIN LAJU. NAMUN TANPA KITA SEDARI, DETIK-DETIK YANG BERLALU TERKADANG DATANG DAN PERGI BEGITU SAJA. ACAPKALI TERNGIANG-NGIANG KATA-KATA PROFESSOR SAYA : ADAKAH KITA BERJAYA MENINGKATKAN NILAI DIRI KITA SETIAP HARI? APAKAH NILAI DIRI YANG KITA BERJAYA TINGKATKAN HARI INI?
ADUH! SUSAH JUGAK TU. SELAMA INI SAYA SELALU BERPEGANG KEPADA PRINSIP : MENJADI DIRI SENDIRI. TAPI SETELAH MEMPELAJARI KELAS DINAMIKA KEPIMPINAN BARULAH SAYA SEDAR, MANUSIA PERLU BERUBAH. MANUSIA PERLU MENINGKATKAN DIRI TANPA MELUPAKAN KETAMADUNANNYA DEMI KELANGSUNGAN AMANAH ALLAH SEBAGAI KHALIFAH-NYA DI MUKA BUMI INI.
HMMM...HARI INI APA NILAI YANG SAYA TINGKATKAN? HA! MUNGKIN MENJADI SEORANG YG BERSAMA-SAMA UNTUK SALING MENYOKONG DAN MEMBANTU RAKAN-RAKAN. WALAU TAK BANYAK DAN BESAR ASALKAN BERJAYA TINGKATKAN KEPADA YANG LEBIH BAIK, OK LAH TU...



Abdul Kadir bin Abdul Aziz bertanya kepada Imam As Syafiee r.a. “manakah yang lebih utama : sabar atau diuji atau diberi keteguhan hati?” Jawabnya, “ Diberi keteguhan hati adalah darjat nabi-nabi. Dan tidak ada keteguhan itu melainkan sesudah diuji. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. Tidaklah engkau lihat bahawa Allah Taala menguji Nabi Ibrahim a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati dan menganugerahinya kerajaan, maka ketetapan hati itu adalah darjat yang paling utama.”
LULUS DIUJI (UJIAN)
PERLUKAN KESABARAN
TEGUH HATI

Syeikh Mustafa Sabri iaitu ulamak sewaktu pemerintahan Othmaniah berkata:
“Barang siapa yang berasa aman dari cubaan Allah nescaya akan hina.”

Maryah Jameelah seorang islam yang dahulunya seorang wanita kafir Yahudi berkata:
“Menurut ajaran Islam hidup ini bukalah satu perjalanan yang penuh kesenangan akan tetapi ia adalah satu peperiksaan. Setiap minit kita diuji dan apa sahaja penderitaan dan bala yang menimpa kita bukanlah bencana yang mutlak akan tetapi hanya salah satu dari ujian tersebut. Allah SWT tidak menjadikan kita untuk bergembira dan bersuka ria akan tetapi untuk melihat kita sama ada berjaya atau gagal dalam peperiksaan ini yang mana keputusannya tidak kita ketahui hinggalah ke hari akhirat”.

Rasulullah pernah bersabda:
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
(Dari Masnad firdaus oleh Dailami)
Berkata Abul Asy’ats ash Shan’aani r.a. bahawa Nabi saw bersabda:
Allah telah berfirman:
“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba Ku yang mukmin, lalu ia memuji Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat Ku agar ‘Kamu catatkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu catatkan sebelum ini’”.
(Riwayat Ahmad, Hakim dan Abu Nu’aim)
Berhubung ujian Allah, hayatilah firman Allah dalam surah-surah berikut bermula dengan surah Al Ankabut: 2-3:
2- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Al Baqarah: 155- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Al Kahfi: 7- Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Al Kahfi: 31- Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

Hud: 7- Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air. Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! ...

Al An’aam: 165- Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Labels:




pemimpin datang silih berganti. tiada yang kekal kerana hanya DIA yang kekal abadi. walau bagaimanapun, tempias pemimpin baru kepada kami di sekolah swasta tetap merasainya. kalau baik di pandang, maka baik lah jadinya dan sebaliknya. besarlah harapan kami para pendidik untuk melihat anak-anak asuhan kami membesar dengan sempurna, terhindar dari gejala maksiat dan menjadi saham kepada kami kelak. anak-anak, berbaktilah kepada agama dan negara...jadilah wasilah penyambung perjuangan agama Allah di muka bumi ini. jalankan amanah mu sebagai khalifah pemimpin di sini. kelak kau tidak kan menyesal bila di soal di kemudian hari.


sesekali terasa penat bekerja. lelah dan bosan. hhmmm... nak harapkan cuti sekolah, dah memang tak layak bercuti sebab bertugas di pihak pentadbiran. ini lah nasib sebagai pentadbir. so aku mengambil keputusan untuk bercuti 3 hari demi menyelamatkan kepala yang serabut ni. 3 hari duduk di rumah. hari pertama, mmg puas rehat. siapkan assignment, kerja rumah, tgk tv, layan internet. wah! hepi gila! hari kedua... kat pontian hadiri kelas. cuti hari ketiga, mak aiiii sehari suntuk setel urusan di bandar ngan hubby. pusing satu bndr kuantan selesaikan urusan bank, servis kete, mcm2 lagi lah. kat umah plak wak n de geng siap simenkan kawasan tepi umah. dah surrender nak jaga tanah tepi umah tu. memula kata rm800 tup2 tak cukup bahan naik jadi rm1010. oklah tu kalau nak banding org lain nak rm2000 lebih. alhamdulillah... rasa tenang sesgt tgk tanah dah bersimen n rumput jahat dah tak de. hehehhe... lepas ni boleh lah tanam pokok dlm pasu n letak kat situ. tinggal ciput lagi tanah depan tu nak simpan utk rumput karpet skit. tersenyum sendiri tgk kawasan umah dah lapang. hahahahhah. time nak beli umah nak yg besar... tanah luas... corner lot...tapi bila dah dapat, mcm nak meleleh air mata nak menjaga. adat lah tu. hari esoknya dah kene pegi bertugas semula. tapi rasa segar kepala n ceria nak bekerja sbb otak dah relax. selalunya kalau serabut aku selalu bising ajak hubby g bercuti tapi rupa-rupanya lepak kat umah pun ok apa.... lagi best. duit jimat. anyway, bercuti kat hotel tak dapat dinafikan...lagi sodap. berendam dalam bath tub (aku palingggggggg suka!). so lepas ni nmpknya kene lebih cerdik mengatur cuti. tak kira di mana janji otak tenang...

Labels: