Tuesday, April 21, 2009
semalam tetiba lepas maghrib aku terasa sayu sangat. sayu kerana teringatkan abah dan mak di kampung. lebih 4 bulan dah aku tak jenguk kampung. pendek kata tahun ni belum pernah sekali pun aku balik kampung. menitis air mata sebelum lena semlm. aku rindu sangat dekat abah. semua kenangan masa dulu tetiba menerjah kotak minda aku. teringat saat2 dia pam kan tayar basikal aku dan adik2 setiap petang. bak kata orang, setiap petang itulah rutin dia. agar esok anak-anak senang ke sekolah. kalau brek kurang makan, abah akan usahakan sendiri untuk memperbaikinya. tak hantar ke kedai sebab melibatkan kos. kami tak mampu. aku pula kekadang kesian sgt tgk dia terbongkok-bongkok betulkan basikal buruk yang menjadi nadi kami ke sekolah. terbayang juga kesungguhan abah memerah teringat berniaga air kopi. tanpa mengira hujan atau panas abah tetap setia di kedai. kalau ada orang upah abah bawak steamroll untuk ke JPJ abah akan terima dan tinggalkan kedai kat mak. mak pulak kekadang terkial-kial buat air. dapat lah dalam rm50 sebagai upah bawak ke JPJ. bagai jelas di mata saat abah rotan aku sebab tak pandai baca jawi masa aku darjah 1. mungkin abah penat sebab dia baru je pulang dari bekerja shift petang n aku pulak tak pandai-pandai baca jawi, asik tersangkut-sangkut je membaca. aku juga masih ingat semasa berumur 4 tahun, aku disuruh mengulang semula alif ba ta sebab payah sangat nak menyebut huruf al-qur'an. masa tu aku sedih n menangis sampai terlelap di luar tapi aku sedar abah mendukung aku ke atas katil dengan penuh kasih sayang. aku ingat semua itu. jelas! kini, bila aku sudah berumahtangga aku tidak mampu meluangkan masa hatta sehari pun untuk menjenguk abah di kampung. setelah apa yang abah korbankan untuk aku. setelah segala hidupnya abah berikan untuk aku... jika abah boleh membaca nukilan aku ini, aku ingin sekali dia tahu bahawa abah adalah lelaki pertama dalam hati aku. lelaki yang aku sanjung. lelaki yang menjadi idola aku selama-lamanya. lelaki yang takkan dapat ditandingi oleh mana-mana insan bernama LELAKI...
Labels: khas buat abah