Sunday, September 13, 2009
wahhh dah lama benor aku tak coretkan apa2 dlm blog ni. hampir 2 bulan tuuu.. dalam jangka masa tu byk yg berlaku. suka duka pahit manis aku sebagai seorang wanita, isteri, pelajar, pekerja, sahabat, anak dan macam2 lagi... ramai juga insan yang datang dan pergi dlm hidup ni. byk juga yg aku pelajari selain dari ilmu yg aku tagih di UTM. hhmmm... dari mana nak mula share citer ni eh?
kata orang, kalau bersahabat jgn serahkan segalanya. biasanya akan kecewa. betul ke? secara peribadi aku rasa betul... aku sendiri mengalaminya baru2 ini. dua situasi yg berbeza... sahabat pertama aku, mmg kamcing sgt dan dah ku anggap sebagai sedara. susah senang semua kongsi bersama.. tapi akhirnya kebelakangan ni mcm ada yg tak kena. masing2 diam dan membawa haluan sendiri. sementelah pulak aku bz sgt dengan pengajianku mungkin fokus ni lebih terarah ke situ... sahabat kedua, jarang aku jumpa sbb dunia kami berbeza. dia dgn kerjaya hebatnya manakala aku dgn kerjaya yg tak seberapa. tapi dia tak pernah melupakan aku... pantang 2-3 minggu tak jumpa mmg dia akan menelefon bertanya khabar.. seronok juga ada org yg nak amek tau pasal kita. haaa.... cuba bandingkan kedua-dua manusia yg ada di keliling aku... dua watak yg berbeza..
itu kisah sampingan je sbb bg aku selagi rutin harian tak terjejas buat apa aku pusing kepala pk yg remeh temeh ni...
ini pulak cerita kelas pengajian aku di Pontian.. pergghhhh!!! mencabar beb... selain dari waktu kelas di bulan puasa, pensyarahnya pun boleh tahan... sekali bagi esaimen mau terbeliak biji mata... aku pun dah mula buat proposal kajian master... tu baru proposal... itu pun aku dah blur seminggu. abis tunggang langgang rumah aku tak amek kisah.. mujur juga ada suami yg memahami.. dia lah memasak dan mengemas serba sikit. thanks abang.. hehehhe... hampir 3 minggu berturut2 aku turun jb.. minggu pertama beli buku rujukan sbb di PAHANG ni hampeh langsung tak de jual buku berkaitan pendidikan. setakat kat popular tu rak pendidikan dipenuhi dgn pelbagai kamus... sedih bangat! kebetulan turun jb mak mertua aku pun ikut turun ke kuantan seminggu.. lega juga ada teman.. minggu kedua turun lagi sebab aku dah ponteng last month kelas penyelidikan ni... takut pulak kehadiran kurang dari 50%.. minggu ketiga mmg mencabar! perjalanan ke jb saje dah 6 jam... bertolak lepas berbuka n sampai jb jam 12.30 mlm... esoknya sampai ke kelas jam 10.30 pagi tup2 lecturer kata esok tak de kelas... kelas arini pun balik kul 1 tghari... fuhhhh!!! lama lagi perjalanan dari masa berada dlm kelas... pergi balik dah 12 jam... belajar cuma 2jam setengah je... nak meleleh air mata aku rasa... tapi demi sekelumit ilmu aku sabarkan saja hati ni...
kalau org tanya buat apa belajar teruk2 kalau setakat nak keje cikgu? heh! betul jugak tapi cuba lah logik skit... takkan la nak jadi cekgu semata2... at least kalau ank jadi cekgu pun kasi la yg ngajar pelajar tua... maksudnya jadilah pensyarah ke... guru sek teknik ke...keje ngan ppd ke...huhuhu..
aku tak demand apa2 sbb bagi aku hidup ni terasa kosong jika kita hanya memberi tanpa menerima... maksudnya, mengajar berbelas tahun tanpa mengisi dada dgn ilmu semasa terasa amat merugikan dan sampai bila nak jaja ilmu lama sedangkan dunia semakin berkembang dgn pelbagai kemajuan... hehehe..
rasanya tu je la kot.. ni pun sakit dah jari menaip... rasanya lepas raya la jawabnya kalau nak mencoret lagi... daaaa!