<xmp> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4246718683494715286\x26blogName\x3dGOOD!+BETTER!+BEST!\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://justmemyselfnyou.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://justmemyselfnyou.blogspot.com/\x26vt\x3d-8187606689988496178', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script> </xmp>
Welcome
My oh My!.

Hello. Welcome to my blog. It is a personal blog n i really want to enjoy every single word in this blog....

Liza Idris

Create Your Badge
The Princess

:
I'm a very determine person and so into it. Be reasonable and always moderate in everything except your ibadah... Always muhasabah yourself n be around your lovers and appreciate them!.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

click for more
Share wif them
...Razzian... Ammati... Kak Rose... Mek Farah... Pjah... Aziyana... Pojie... Yusma... info susuIbu...

Archives
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
November 2008
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
April 2010
October 2010
December 2010
March 2011
April 2011
May 2011
August 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012

Layout ©

ME. kynzgerl
CODES. manikka
BRUSHES. 1 2
IMAGES. 1 2
The 2 paper heart: moargh.de
SOURCE. BLOGGER BLOGSKINS IMAGESHACK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Wednesday, October 21, 2009

KISAH 1

Siswi IPTS jual tubuh ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia awal 20-an antara 17 wanita yang ditahan dalam operasi membanteras pelacuran di sebuah pusat spa di Jalan Ipoh, di sini, lewat malam kelmarin.....

KISAH 2

Amuk pelajar cemerlang

JEMPOL: Bagaikan dirasuk syaitan, seorang pelajar tingkatan dua dengan tidak semena-mena menetak ibu dan adiknya di rumah mereka di Felda Palong 4, Gemas, dekat sini, Jumaat lalu.
Pelajar terbabit dikatakan mengamuk menggunakan sebilah parang menyebabkan adik lelakinya yang berusia 10 tahun putus jari manis tangan kanan ketika cuba mempertahankan diri daripada diserang.
Selain cedera di tangan, kanak-kanak terbabit ditetak di kepala dan kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerana kecederaan dialami. Ibu pelajar itu berusia 38 tahun yang turut diserang menerima beberapa jahitan di tapak tangan dan kepala....

-credit to www.hmetro.com.my


Tuesday, October 20, 2009


bila sebut nama ABAH, cepat je naik sebak... setiap kali mak telefon mengadu kesedihan dan kerinduan dia pada abah terus je bercucuran air mata aku sebaik gagang diletakkan. sayu dan aku memahami kesunyian mak di rumah tanpa abah.. selama ni abah lah menjadi sumber mak ke sana ke sini bergerak. maklum lah mak tak tahu memandu. abah terlalu memanjakan mak. aku sedih dan kesian tgk keadaan mak sekarang. aku jauh, bukan senang sesekali nak balik. abah.. insan yang takkan dapat aku balas budi baiknya terhadap diri ini. abah menghantar dan mengambil aku dari sekolah sehingga aku tingkatan 5. walau pun abah tak pernah hadiahkan apa2 barang sekiranya aku lulus cemerlang di sekolah tapi aku faham jauh di sudut hatinya dia sentiasa menghadiahkan aku sekalung doa.. aku faham keadaan abah yang kadang2 barang keperluan diri sendiri pun diketepikan demi anak2. abah menjadi sumber inspirasi insan lain dalam soal mendidik anak2.. ramai yg kagum abah mampu menyara keluarga yang besar hanya dengan menjaja air. tak pernah kami bercuti di tempat mewah sepanjang cuti sekolah. cuti kami hanya di warung abah. panas hujan menjadi saksi betapa gigihnya abah mencari rezki. ketika itu, di depan mata ini aku saksikan sendiri ketabahan abah. ianya menjadi azimat ketika aku lemah. ketika aku letih memandu selama 6 jam untuk menimba ilmu setiap minggu. aku masih ingat pesanan abah " mana ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan". abah selalu nasihatkan aku agar jgn gentar dalam menghadapi dugaan kerana Allah sentiasa bersamaku.. dia yakin! keyakinannya lah yg kini menjadi keyakinanku.. hatinya ikhlas.. hatinya tulus... aku anak yg kerap merajuk.. dan abah insan yg kuat memujuk... ABAH, kini kak ja adalah abah dan abah adalah kak ja. jgn risau ttg adik2 yg masih bersekolah kerana janji kak ja pada abah tetap sama dan tidak pernah berubah. walaupun kak ja jauh namun setiap hari mak pasti kak ja hubungi.. jgn risau ttg majlis hafiz kerana kami adik beradik berganding bahu berusaha untuk melaksanakan majlis itu sepertimana abah melaksanakan majlis kami... nasihat abah terhadap kami anak2 perempuan terhadap suami tetap utuh tersemat di hati... akan kami sempurnakan sesempurna abah menjaga mak selama hayat abah di kandung badan... Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Idris B Ariffin...

Sunday, October 18, 2009

sesekali belek album lama teringat sungguh zaman2 lama di awal aku bertugas di sekolah sebagai guru biasa. meriahnyer tahun 2006. byk aktiviti tapi tak terasa penatnya... masa tu, sekolah menjadi keutamaan selepas rumahtangga. mmg pulun habis... kawan2 pun bekerjasama dlm sesuatu aktiviti. masa tu mana ada lagi kesenangan PA, dewan dan sebagainya. walau pun perit nak menjayakan aktiviti namun seronok... lepas tamat aktiviti rasa puas hati...(untuk imej yang memuaskan hati, klik pada foto di sebelah)



gambar ni dah lama aku ambil tapi within this year.. anak-anak murid bertungkus lumus main netball n kami yg tak tahan panas ni berpayung n bergambar je..heheheh sempat lak tu berposing... aku guru rumah kuning (khaibar kot).... tapi aku byk jadi driver je bawak pasukan ke sana ke sini.. dan lepas sukan ni abah aku di jemput Ilahi... so dlm bulan 4 la gambar nih...

Friday, October 16, 2009

Tadi di kesempatan yang ada setelah tamat sesi P&P aku, terasa nak isi pulak dengan sedikit ilmu melalui pembacaan. dah lama sgt aku tak menelaah ilmu sem ni. dalam dok belek2 tu, terjumpa lah kriteria2 atau ciri2 seorang pemimpin sekolah. Guru besar di alaf baru hendaklah sentiasa memajukan dan melengkapkan diri dengan beberapa teori kepimpinan yang dikombinasikan serta digabungjalin untuk menjayakan aspirasi sekolah. tidak boleh hanya berpandukan kepada satu teori sahaja atau pun tidak mengaplikasikan mana2 teori langsung! antara ciri2 yang perlu diamalkan ialah :
1. beriltizam iaitu melibatkan diri secara bersungguh2 serta penuh dgn tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya.

2. berorientasikan maklumat iaitu bersungguh2 mengejar maklumat2 baru terutamaya ICT.

3. berwawasan iaitu berpandangan jauh dan memiliki visi serta misi yang JELAS terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan.

4. berpandangan global, melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dlm negeri bahkan secara global.

5. berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif. bukan semua perkara baik buruk nak dipositifkan yer...

6. berpengetahuan, fleksibel, dan mudah menyesuaikan diri denga persekitaran sosial. pemimpin harus ke depan bukan melarikan diri dari situasi...

hhmmm... marilah kita sama2 muhasabah diri adakah kita memiliki ciri2 di atas kerana kita adalah pemimpin kepada orang lain...heheheh...

Thursday, October 15, 2009

Kita boleh jalankan sebarang penyelidikan menggunakan tiga pendekatan bergantung kepada objektif atau tujuan penyelidikan itu. Pertama ialah kaedah kuantitatif. Kaedah ini selalunya bertujuan untuk membuktikan teori atau menguji seseuatu hipotesis. Misalnya, kita mahu menguji hipotesis yang menyatakan bahawa orang yang kerap menonton televisyen percaya bahawa apa yang dilihat di kaca TV adalah sebuah realiti. Kadang-kadang kaedah ini hanya bersifat deskriptif sahaja. Misalnya, kita ingin tahu berapa ramai remaja suka menonton Akademi Fantasia.

Pendekatan kedua yang boleh digunakan dalam penyelidikan ialah kaedah kualitatif. Pendekatan yang bersifat deskriptif ini ini bertujuan untuk menghurai sesuatu fenomena atau gelagat manusia. Misalnya, kaedah etnografi (mengkaji budaya manusia), fenomenologi (mengkaji makna tentang pengalaman seseorang), narrative design (cerita-cerita) dan sebagainya.

Pendekatan ketiga dalam penyelidikan ialah kaedah umum...>> klik link berikut utk mengikuti penerangan selanjutnya (credit to http://visualvivid.blogspot.com/2009/04/gambar-semasa-bengkel-grounded-theory.html)

Friday, October 9, 2009

Kemahiran untuk menangani sesuatu situasi selalunya bergantung kepada kebijaksanaan seseorang untuk menhadapinya dan ditambah pula dengan pengalaman beliau menghadapi beberapa situasi yang hampir sama sebelum itu. biasanya seseorang itu akan lebih tenang dan mampu berfikir secara lebih intelek dalam menjawab beberapa soalan dari pihak lain setelah lama berada di dalam bidangnya. jika anda berhadapan dengan pelanggan yang cepat melatah untuk naik angin atau senang kata, cepat baran, maka pihak anda haruslah lebih bersedia dengan berdiam seketika dan memberi ruang serta peluang pihak kedua melepaskan ketidakpuasan hatinya. tetapi jangan lupa di samping mendengar anda juga mestilah meneliti point yang diperkatakan oleh si pelanggan. ini akan lebih memudahkan anda menjawab setelah menganalisa ketepatan fakta yang dikemukakan. setelah itu jawablah dengan bijaksana kerana jawapan yang diberi setelah berfikir adalah kata-kata yang dapat menenangkan kembali si pelanggan. selalunya dia akan kembali ok dan secara tidak langsung akan lebih menghormati anda. jika fakta itu menyebelahi anda, terangkan dengan jelas kepada si pelanggan sebab dan musabab ia terjadi manakala sekiranya fakta itu berpihak kepada si pelanggan maka jangan lah malu untuk mengaku kelemahan sendiri tetapi perlulah dengan bijak memperkatakannya.. selamat mencuba...!


Di masyarakat, jantina menentukan bagaimana dan apa yang harus diketahui oleh laki-laki dan perempuan mengenai masalah seksualiti, termasuk perilaku seksual, kehamilan dan penyakit menular seksual (PMS). Konstraksi sosial mengenai ciri-ciri dan peranan perempuan ideal menekankan bahwa ketidaktahuan seksual, keperawanan, dan ketidaktahuan perempuan mengenai masalah seksual merupakan tanda kesucian.

Data juga menunjukkan bahwa perbedaan definisi budaya diaplikasikan kepada laki-laki yang diharapkan lebih berpengetahuan dan berpengalaman sehingga mengambil posisi sebagai pengambil keputusan dalam masalah seksual. Penelitian juga membuktikan bahwa pandangan jantina ini juga merupakan sebahagian dari proses sosialisasi sejak kanak-kanak dan bagaimana pengetahuan ini tertanam di antara laki-laki dan perempuan.

Misalnya kemampuan remaja perempuan untuk mencari informasi atau membicarakan mengenai seks dibatasi oleh norma budaya yang kuat mengenai keperawanan. Remaja perempuan takut mencari informasi mengenai seks atau kondom karena menjadikan mereka dianggap aktif seksual tanpa memandang aktiviti seksual yang sebenarnya. Juga, jika keluarga mereka mengetahui bahwa mereka mencari pelayanan seksual, maka keperawanannya akan dipertanyakan.

Contoh lain, memperkenalkan seks sebagai satu proses pengawanan dan pembiakan antara individu manusia, hanya akan memberi pengetahuan saintifik yang menyumbang kepada perkembangan kognitif (pengetahuan semata-mata tanpa membabitkan emosi) remaja. Remaja akhirnya akan mencapai tahap literasi dan kefahaman seks dengan mengetahui struktur dan fungsi organ seks, memahami bagaimana proses pengawanan dan persenyawaan antara sel pembiakan (iaitu sperma dan ovum) berlaku, mengetahui fisiologi edaran haid dan edaran kesuburan wanita dan mengetahui peringkat perkembangan janin di dalam rahim ibu dan perubahan yang berlaku dalam tempoh hamil.
Remaja juga akan mendapat gambaran sebenar mengenai bagaimana sperma boleh memasuki sistem pembiakan wanita melalui hubungan jenis dan berdasarkan gambaran ini mereka boleh, secara rasional, merumuskan kaedah yang boleh digunakan untuk mengelakkan kehamilan atau dijangkiti penyakit yang merebak melalui hubungan jenis. Dengan pengetahuan yang diperolehi secara formal ini, mereka lebih berkeyakinan membincangkan isu seks dan mengadukan masalah yang mereka hadapi atau berusaha mencari penyelesaiannya. Dalam pada itu, mereka juga diandaikan tidak mudah terpengaruh dan terbabit dengan kegiatan maksiat.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, literasi dan kefahaman seks secara langsung atau tidak akan merangsang keinginan mencuba melakukan hubungan jantina di kalangan remaja. Inilah antara implikasi luar jangkaan yang tidak boleh diabaikan begitu saja.
Kecenderungan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada pengetahuan semata-mata untuk mengubah sikap dan tingkah laku adalah berbahaya. Hal ini disedari pakar pendidikan di Barat terutama Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu. Misalnya, pada 1994 berdasarkan hasil penyelidikan mengenai program pendidikan seks, pakar ETRA Association yang berpusat di Santa Cruz, California, merumuskan bahawa pelajar yang menerima pendidikan seks lebih mengetahui mengenai haid, hubungan jenis, kaedah mencegah kehamilan dan cara mengelakkan jangkitan penyakit melalui hubungan seks.
Malangnya perilaku seks mereka tidak selaras pengetahuan yang mereka perolehi. Menurut penyelidik terbabit, pengetahuan seks tidak mempunyai kesan bermakna dalam melakukan hubungan jenis atau untuk menangguhkannya, atau pun untuk mengurangkan kehamilan tanpa pernikahan. Sebaliknya pelajar yang tahu menggunakan kaedah mencegah kehamilan berkemungkinan besar menggunakannya dengan lebih kerap untuk melakukan apa yang digelar di Barat sebagai seks selamat.

Apa yang didapati juga ialah kebanyakan pelajar yang mengikuti pendidikan seks mengikut pendekatkan Pendidikan Seks Komprehensif (Comprehensive Sex Education), suatu pendekatan yang dikatakan menerima sokongan Persatuan Kebangsaan Sekolah Psikologi, Persatuan Perubatan Amerika, Lembaga Persatuan Kebangsaan Sekolah dan Persatuan Perubatan untuk Remaja - menganggap seks hanya sebagai sebahagian daripada kehidupan, sama penting seperti mata pelajaran lain dan kegiatan berkaitan seperti membaca dan membuat eksperimen.

Demikianlah, dengan memperkenalkan mata pelajaran seks, remaja seolah-olah didedahkan kepada potensi seks yang ada pada diri masing-masing dan kaedah yang selamat untuk mereka menyalurkan potensi itu. Berdasarkan pengetahuan yang diberikan, remaja ini dapat memanfaatkan potensi seks masing-masing secara terancang untuk memenuhi keinginan dan keperluan seksual mereka tanpa memudaratkan diri atau pasangan masing-masing.

Secara tidak langsung juga, pengenalan pendidikan seks akan dianggap remaja sebagai penurunan kuasa dan hak seks masing-masing, di samping memberi mereka pilihan menggunakan kuasa dan hak itu. Apakah tidak mungkin tanggapan ini disalahertikan sebagai kebenaran melakukan seks secara bebas? Inilah satu lagi implikasi luar jangkaan yang membimbangkan. Jika diabaikan, kesan kedua ini bukan sahaja akan mencemarkan norma sosial dan adat resam, tetapi juga maruah bangsa dan kesucian agama.

Kegagalan program pendidikan seks di Barat perlu dijadikan teladan. Falsafah Pendidikan Seks Komprehensif di Amerika Syarikat yang menekankan bahawa pendidikan yang memberikan pengetahuan seks yang menyeluruh ialah strategi terbaik untuk melahirkan remaja yang lebih bertanggungjawab terhadap kelakuan hubungan seks masing-masing. Ini termasuk menahan diri daripada meneruskan hubungan seks bebas, hubungan seks selamat, hubungan seks menggunakan kondom dan bersedia melakukan onani yang tidak memudaratkan supaya bilangan remaja yang hamil dapat dikurangkan dan penyakit berjangkit melalui hubungan seks dapat dicegah. Semua ini ternyata bukan falsafah yang sesuai di negara ini.

Dari segi pelaksanaan, falsafah Pendidikan Seks Komprehensif menganjurkan pendekatan berasaskan fakta dan maklumat walaupun kaedah dan media penyampaiannya dipelbagaikan. Pendekatan akademik seperti ini tidak mungkin dapat menghuraikan secara objektif interaksi unsur bukan fizikal seperti emosi dan nilai hubungan kemanusiaan, harapan dan perasaan atau keinsafan tanggungjawab, kasih sayang dan kemelut psikologi yang turut mengaduni hubungan seks. Dengan demikian, apa yang akan diajar guru hanya seks sebagai proses atau kegiatan dengan kepentingannya dibincangkan berasaskan logik saintifik.

Akibatnya perempuan tidak mendapat informasi yang cukup mengenai reproduksi dan seks. Contohnya, remaja perempuan banyak yang tidak mengetahui tubuh mereka sendiri, kehamilan, kontrasepsi dan PMS. Perempuan miskin dari sebuah negara berkembang menyatakan bahwa mereka tidak mendapatkan informasi apapun tentang seks sebelum pengalaman pertama mereka. Kurangnya informasi ini

Kajian lain menunjukkan bahawa kurangnya informasi mengenai tubuh mereka membatasi kemampuan perempuan untuk mengenali gejala gangguan pada organ reproduksinya akibat PMS. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai hak yang sama untuk mendapat pendidikan seks iaitu pengetahuan mengenai sistem reproduksi lelaki dan perempuan.

Pendedahan terhadap penjagaan diri mereka daripada sebarang gangguan terhadap seksualiti mereka. Pendidikan terhadap penyakit-penyakit seksualiti. Dalam pendidikan seks di sekolah ini, guru merupakan individu yang paling penting dalam mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik dalam penyampaian supaya pelajar memahami kepentingan mereka didedahkan kepada pendidikan seksual ini.

Setiap pelajar mempunyai hak yang sama dalam mendapat pengetahuan tentang seksualiti. Pendedahan pendidikan seksual dapat diketahui oleh setiap pelajar secara sama rata. Setiap pelajar lebih peka terhadap penjagaaan keselamatan diri dalam aspek seksualiti mereka. Tiada lagi perasaan merendah diri di kalangan pelajar perempuan terhadap pengetahuan seksualiti. Pelajar perempuan akan lebih mementingkan diri mereka dan tidak menjadi mangsa ekploitasi lelaki

Mungkin di negara yang remajanya diberi kebebasan seks, pelaksanaan pendidikan seks yang menggunakan pendekatan akademik semata-mata tidak janggal. Malah mungkin inilah pendekatan yang paling sesuai dan mudah dilaksanakan. Dua implikasi luar jangkaan yang dinyatakan tidak memberi kesan yang besar kepada kehidupan dan maruah rakyat di negara terbabit, tetapi tidak di Malaysia.

Sehubungan itu, sebarang cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah di negara ini perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh, khususnya dari segi falsafah, matlamat dan pendekatan yang akan digunakan. Sekiranya pendidikan seks yang hendak diperkenalkan itu hanya untuk 'memberi pengetahuan asas seks yang memadai' atau 'meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai seks' atau 'membendung penularan masalah sosial akibat kurang arif mengenai seks' atau 'memberi penjelasan serta berbincang mengenai seks dengan remaja', maka kaedah dan kurikulum pendidikan seks yang kini digunakan di sekolah sudah memadai.

Labels: , ,