Thursday, December 31, 2009
Alhamdulillah... hanya itu yg mampu aku ucapkan selain sujud syukur yang tidak terhingga ketika senja melabuhkan tirainya pada tarikh 26/12/09. alangkah lapang dan gembiranya apabila selesai segalanya majlis perkahwinan adikku, hafiz dan pasangannya hafidzah. lebih 2 ribu tetamu. 27hb iaitu sehari selepas majlis, kami ke air terjun Bukit Hijau. mmg habis2an kami mandi. 4 jam! seronok tgk wajah masing2 yang ceria dan lega. hahhhh!!! lepas ni bolehlah aku pamper diri sendiri. lapang lah kepala untuk tumpu perhatian pada pembelajaran dan pengajaran aku bagi tahun ini.
2010! aku amat2 mengharapkan ianya memberi satu cahaya baru dalam kehidupan kami sekeluarga. tahun ni InsyaAllah tamatlah pengajian aku di UTM. tapi sebelum nak bersenang lenang nampaknya kenalah aku bertungkus lumus dahulu. kelas sem ni mmg pack sesangat. Ya Allah! Engkau mudahkanlah segalanya dan berilah hambaMu ini kekuatan serta kesabaran. Ameen...
hari ini aku kembali bertugas di sekolah. penat tapi ceria. aku berazam untuk mengaplikasikan ilmu dari kelas master ke dalam rutin harian pekerjaan aku tahun ini. malas lagi menoleh ke belakang. malas lagi memenatkan otak dengan perkara remeh dan tidak sepatutnya. aku juga berdoa semoga sahabat2 yang aku dampingi dapat menceriakan aku. keluarga yang aku bina akan membahagiakan aku. Ya Allah! makbulkanlah doa serta permintaan hambaMu ini. Ameen...