Tuesday, April 20, 2010
Assalamualaikum...
Lama benar rasanya ruangan ini kosong dan tidak dijengah. Maklumlah, kesibukan amat membataskan aku untuk melaksanakan sebarang aktiviti melontar coretan idea di sini. Hanya mampu melihat dan merenung tanpamembuat apa2. Begitulah jika kita sudah sibuk dan memiliki aktiviti yg padat maka keutamaan harus pandai di urus.
Pejam celik, pejam celik sudah hampir setahun lebih aku menyambung pengajian di peringkat sarjana. hanya tinggal saki baki subjek sahaja untuk diharungi. Alhamdulillah... berkat kesabaran serta kesedaran yg tinggi maka segalanya aku gagahi jua.
Semester pertama aku hadir ke kelas dengan menggunakan bas. bertolak jam 6 ptg dari Kuantan dan sampai ke JB jam 2 pagi. Ibu mertualah yang bersengkang mata menjemput aku setiap minggu. Terhutang budi sungguh aku terhadapnya. Tidur dalam 2-3 jam terus aku bersiap ke kelas dengan kereta ibu mertua. Balik kelas pun aku naik bas dari JB ke Kuantan. Dalam pukul 12 @ 1 pagi aku sampai di rumah. Esoknya ke sekolah mengajar seperti biasa. Pernah aku menangis dalam bas kerana memikirkan kala aku dalam perjalanan pulang rakan2 yg lain sedang enak diulit mimpi. Tapi semua itu tetap tidak mampu mengganggugugat azam aku. Tidak semena-mena dalam keghairahan aku menuntut ilmu, abah pergi menyambut seruan Ilahi. Ya Allah, amat berat dugaan ini. Abah pergi tanpa sempat melihat aku dan adik2 menamatkan pengajian. Abah pergi berseorangan. Abah pergi meninggalkan rumah yg anak2 buat untuk abah dan mak. Tanpa sempat melihat serta merasa untuk tinggal di situ. Satu tamparan yg amat dahsyat bagi kami sekeluarga. Pengajian aku agak merosot dan terjejas.
Semester kedua aku sudah ditemani oleh suami setiap kali ke kelas. ada kala kami menaiki bas, ada kala kami memandu kereta sendiri. Sem ni rasa lega dengan adanya suami menjadi teman sepanjang perjalanan aku ke kelas. Dia menjadi sumber kekuatan aku. Sama-sama kami harungi dugaan ini.
Sem seterusnya menjadikan aku lebih matang dan dewasa dalam melaksanakan tugas harian. Aku mulai mengerti erti dan kenikmatan masa lapang. Aku lebih menghargai setiap detik yang aku miliki. Kelas sarjana benar2 membuka mata dan minda aku betapa pentingnya ilmu pengetahuan itu ditambah demi kebaikan semua khasnya kebaikan diri sendiri. Sepanjang perjalanan aku dan suami tercinta berulang alik ke kelas, kami banyak berbincang. Peluang berdua-duan selama 12 jam di dalam kereta biasanya kami akan gunakan untuk berbincang soal kehidupan, kerjaya masing2 serta keluarga. Manisnya saat itu.
Kini aku hanya menanti saat menjalankan tesis serta hari graduation. Sesungguhnya semua ini aku hadiahkan kepada suami serta keluarga tersayang yang banyak menyokong perjalanan hidup aku. TERIMA KASIH KERANA KALIAN TIDAK PERNAH MENYISIHKAN AKU DALAM SETIAP RUANG DI HATI KALIAN....

Labels: CORETAN HIDUP