Wednesday, October 20, 2010
wow!! berbulan sudah aku tak coretkan apa2 pada blog ni... dalam pada masa tu mcm2 perkara terjadi. tahun ini Alhamdulillah hampir semua azamku sudah tercapai... bulan Julai yg sudah aku dikurniakan seorang cahaya mata yang sgt comel... NUR AFAF ! aku tak kisah mengambil afaf sebagai anak angkat dan afaf membesar sebagai seorang anak yang bijak, perkembangannya tidak sepadan bb berumur 3 bulan sekarang... dia sudah pandai meniarap, sudah pandai ketawa jika di agah dan sudah pandai menangis sekiranya dibaringkan.. dia gemar di bawa berjalan-jalan hatta pusing2 dlm rumah saja.... keletahnya mmg menjadi penawar aku dan suami.. hidup terasa benar2 dirahmati olehNya.. Alahmdulillah Ya Allah...
kini aku dan suami sedang menjalani rawatan untuk mendapat anak kandung sendiri. seandainya Allah memberkati usaha kami dan rezki berpihak pada kami, aku berjanji kasih sayang dan perhatian terhadap afaf tidak akan berkurangan.. kerana afaf adalah anugerah Allah yang amat berharga..
bulan depan adalah bulan terakhir aku bergelar pelajar... InsyaAllah bulan April nnt aku akan menerima segulung ijazah sarjana... Ya Allah! betapa Engkau Maha Adil.. NikmatMu kepada kami terlalu luas.. janganlah Engkau jadikan kami hamba yang melupakanMu...