Friday, December 31, 2010
2010 melabuhkan tirainya dengan episod sedih hari ini..
perkara yang begitu serius masih mampu diperlekehkan...
biar nafas tinggal dihujung nyawa namun ia tetap tidak memberi apa2 erti..
sungguh aneh hidup ini...
hanya mereka yang berada di dalam kelompok sendiri yang boleh menangani
aku adalah orang asing...
terpelanting ke sini
biar sesuci mana pun niat di hati
tidak akan mampu menahan kerenah2 serta mehnah yang berlaku
kerana aku adalah
seorang perantau di bumi ini...
Tuhan
dugaan apakah ini?
bisakah kenangan lalu berulang kembali?
menyinsing jendela minda
membiarkan ianya berlalu
atau mungkinkah...
sejarah kembali berulang?
Tuhan
masih bisakah aku
memacakkan jasad di sini
menahan keperitan dugaan Mu ini?
jika benar ini ketentuan dariMu
maka jangan lah Engkau biarkan
hati ini merasa keseorangan
terkapai mencari pergantungan
bantulah aku kerana
sesungguhnya aku lemah
terkadang aku tenggelam
hanyut dengan kelukaan ini
berilah aku kekuatan
kekuatan yang mampu aku gunakan
sebagai perisai
kerana sesungguhnya aku tidak kuat
bantulah aku Ya Allah...!
Wednesday, December 29, 2010
fuhhh... 2010 bakal melabuhkan tirai sehari dua lagi.. mencabarnya angka 2010 ini.. aku puas hati dan memanjatkan seribu satu kesyukuran kerana tahun ini dilalui dengan pelbagai anugerah yang tidak terduga... Syukur Ya, Allah! Engkau kurniakan aku seorang suami yang terbaik, seorang permata hati yang membahagiakan, ibu yang hebat, keluarga yang tidak pernah lokek dengan kasih sayang serta sahabat yang sentiasa menemani diri ini... terima kasih semua!
hampir 90% azam aku untuk thn 2010 tercapai... aku berjaya buktikan walaupun dalam kesibukan belajar dan bekerja namun aku mampu menangani cabaran yang ada... anak2 didik ku juga lulus 100% dalam UPSR... aku cekalkan hati kuatkan semangat atas kata2 orang yang boleh menjejaskan fokus aku dlm menggenggam segulung sarjana... aku adalah seorang hamba yang selalu dahagakan ilmu... sedikit cakap2 orang tidak akan mampu menggugat semangat aku untuk terus berjuang di medan ini.. kepayahan mengajar aku banyak perkara..!
adik-adik juga tahun ini semua berjaya merasai hari graduasi masing2.. imah di USM, dik na di Hospital Penang, hafiz di Putrajaya dan dik ah di UITM... aku bangga mempunyai adik2 yang tidak kenal erti jemu menuntut ilmu.. tidak sia2 ajaran abah selama ini.. semoga tahun mendatang akan lebih memberi kita erti sebenar kebahagiaan hidup.. ameen...
Tuesday, December 21, 2010
Kembara Cinta ini aku tujukan khas buat insan tersayang yang berada disisi diri. Hidup terasa benar-benar dirahmati olehMu, Ya Allah. Engkau ambil seorang insan dari diri ini namun Engkau kurniakan insan-insan yang mampu merawat kesakitan itu... Mereka terlalu berharga untuk disakiti hatinya..
Kembara Cinta ini juga memberi aku satu semangat baru...satu pengertian bahawa Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNya..
Kembara Cinta ini telah membuktikan bahawa kesabaran dan pengorbanan itu harus lah seiring untuk memenuhi tuntutan perjanjian manusia sejak azali...
Ya Allah, terlalu banyak yang aku pelajari sepanjang dua tahun ini... Ya Tuhanku, Engkau berilah ganjaran setimpalnya buat insan-insan yang hadir disisi setiap ruang hidupku...menemani suka duka dan kejerihan usahaku... ameen...
Kembara Cinta ini juga memberi aku satu semangat baru...satu pengertian bahawa Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNya..
Kembara Cinta ini telah membuktikan bahawa kesabaran dan pengorbanan itu harus lah seiring untuk memenuhi tuntutan perjanjian manusia sejak azali...
Ya Allah, terlalu banyak yang aku pelajari sepanjang dua tahun ini... Ya Tuhanku, Engkau berilah ganjaran setimpalnya buat insan-insan yang hadir disisi setiap ruang hidupku...menemani suka duka dan kejerihan usahaku... ameen...