Wednesday, March 23, 2011
Alhamdulillah… hari ni, saat ini, detik ini…aku BEBAS dari belenggu kerja di sini… B.E.B.A.S. Ini bermakna aku akan meneruskan kehidupan yg baru bersama buku baru… suasana baru, rakan-rakan baru dan jiran-jiran baru…
Mengingati sejarah yg berlaku di daerah ini hanya akan menambah luka dan lara… aku benar-benar ingin memulakan sesuatu yg baru… aku hanya ingin menikmati setiap saat dalam hidup ini bersama insan-insan tersayang… mereka yang telah mewarnai hidup aku dengan penuh senyuman… mereka yang telah membawa 1001 makna kehidupan dan kebahagiaan pada aku…
Monday, March 14, 2011
Kira-kira lagi seminggu aku tamat bertugas sebagai seorang guru di daerah ini... kira-kira lagi dua minggu aku akan tinggalkan daerah ini... kira-kira lagi sebulan aku akan menamatkan pengajian di peringkat sarjana... huurrmmm... segalanya mengenai KIRA-KIRA...
dalam berkira-kira tu, banyak juga yang aku lalui sepanjang 2 tahun ini... banyak juga yg terpaksa dikorbankan, banyak juga yang terpaksa ditelan... ramai juga yang menjadi korban...!
minggu lepas aku menghadiri kelas hujung minggu seperti biasa... tapi dalam banyak-banyak kelas yg aku attend kelas ni lah yg paling tak best...! penuh tekanan.. penuh kepura-puraan! mmg rasa seksa nak habiskan 4 jam kelas ni..!
aku cuma berharap percutian di kampung akan lebih mendamaikan. aku just nak relax kan kepala otak yg dah banyak berserabut. badan pun dah makin meragam.. tak cukup rehat agaknya... perrgghhh hidup semenjak dua menjak ni penuh dengan TEKANAN.
aku mengira detik untuk menamatkan tugas di sini.. macam dah tak de jiwa jek ke sekolah... mungkin sbb tugasan aku dah diserahkan sepenuhnya kepada pengganti aku kelak. kelas pun dah tak de... pergi sekolah hanya untuk membantu melengkapkan fail-fail pengurusan. buku rekod pun dah diserahkan kepada orang lain. nak join aktiviti pun dah tak bersemangat. nway, just pray for the d best fer them.. ameen...
agaknya di mana pulak tempat aku bertugas kelak? bagaimana pulak kerenah rakan setugas aku? aku mengharapkan agar hijrah yang aku dan suami lakukan ni memberi satu impak yang besar buat ami dan memberi sinar baru dalam rumahtangga kami. hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. dan aku berserah segalanya pada Dia...
Wednesday, March 9, 2011
NUR AFAF..! satu nama yang membawa sejuta kebahagiaan... afaf anak mama yang mama sayang... semoga afaf membesar sebagai seorang anak yang membahagiakan mama, papa dan seluruh isi alam.. semoga kebahagiaan yang afaf bawa kepada mama dan papa akan dibalas dengan kebahagiaan yang bakal melingkari setiap jejak langkahmu, sayang.. afaf anak yang pintar, bisa memahami sekiranya riak wajah mama dan papa berubah... afaf memberi pengalaman berharga buat mama dan papa di alam ibu bapa... afaf hadir dengan begitu mudah.. pertama kali afaf dlm pelukan mama amat sukar untuk mama lepaskan afaf.. kasih sayang mama terhadap afaf tidak ubah seperti anak kandung yang berada di dalam rahim mama selama 9 bulan... ketawa afaf, senyum afaf, tangisan afaf kini semuanya menjadi pengubat kesunyian mama dan papa... tidak pernah sedetik afaf hilang dalam ingatan mama... terima kasih sayang diatas kehadiran mu yang memberi sejuta kebahagiaan buat mama dan papa...