Thursday, April 21, 2011
Alahamdulillah... hari ni afaf dah tumbuh gigi sebatang.. seronok tgk afaf tersenyum dan menampakkan tunas giginya yg putih... Syukur perkembangan afaf selari dengan pertambahan usianya... anak mama dah 9 bulan... anak mama dah mula memahami apa erti sebuah ciuman... mama suka kalau afaf cium pipi mama biarpun penuh dengan air liur afaf... mama suka tgk afaf tidur... muka afaf penuh ketenangan dan ketenangan itu mama rasakan di dalam diri mama, sayang...
Hari ni juga genap 2 tahun pemergian abah tercinta... tersentap juga jantung tengahari tadi bila mak telefon sambil menangis.. terlalu rindukan abah barangkali dna masih jelas peristiwa 2 thn lepas katanya... sebak. tapi ditahan... aku mungkin tidak dapat merasai sepenuhnya kesedihan dan rintihan itu tapi aku juga merasai kehilangan yang amat bermakna. abah insan yang sukar digambarkan dengan kata2.. abah mengharungi 1001 kepayahan tanpa sebarang rungutan untuk membesarkan kami 7 beradik... sejak aku mengerti perkataan ABAH, aku sudah melihat kepayahan dan kesusahan itu... namun selagi beliau bernama ABAH, takkan sekali-kali dia mengalah.. biarlah peluh membasahi baju, hujan menjamah tubuh, abah tetap berusaha mencari rezki yang halal.. dari kerja sebagai buruh kasar sehingga menjaja di tepi jalan, sesungguhnya aku terlalu mengagumi insan bernama ABAH ini... dari kegigihan itu aku dan adik2 belajar erti kehidupan... terima kasih ABAH... dan buat mak yang tidak pernah jemu menemani abah, sesungguhnya ketabahan mak menjadi sumber inspirasi aku sehingga kini... jangan sesekali mensia-siakan insan bernama suami...
Syukur Ya Allah, Engkau kurniakan sebuah kasih sayang yang tidak ternilai di dunia ini...
Tuesday, April 12, 2011
Kenapa dinamakan manusia itu dengan nama INSAN juga? kerana manusia itu MUDAH LUPA. manusia mudah lupa pada Sang Pencipta dirinya. manusia mudah lupa dengan secalit kesenangan yang dipinjam dari Maha Pencipta kesenangan itu. sebab itulah manusia juga digelar INSAN.manusia yang tidak pernah dididik dengan secebis kesusahan hidup akan gagal menghargai kesenangan hidup yang dikecapinya. dengan itu mereka akan mudah menghina dan memandang rendah pada manusia yang lain padahal mereka adalah sama sahaja asal kejadiannya iaitu dari seketul tanah yang tidak memiliki apa2. dan akhirnya kepada tanah jualah mereka kembali. tanah yang mereka pijak semasa hayat didunia ini dengan angkuh dan sombong sekali. dan tanah itu jualah yang akan menelan jasad kita semua. dunia hari ini amat mudah manusia yang selangkah senang ke hadapan mencaci dan menghina manusia dibelakangnya seolah2 mereka ini tidak memiliki harga diri. amat malang bagi manusia yang memenuhi hidupnya dengan sifat keangkuhan kerana sebenarnya mereka hanya mempunyai sehelai kain putih yg akhirnya akan membaluti tubuh kelak....!