Wednesday, January 11, 2012
Sayang mama, afaf.... maafkan mama kerana memisahkan afaf dari aunty chah.. bukan niat mama tapi mama terpaksa.. konflik taska itu terlalu membimbangkan mama.
Buah hati mama, 3 hari afaf di taska baru afaf dah demam2.. seharian mama di pejabat memikirkan afaf.. luluh juga hati nak tinggalkan afaf dengan diiringi tangisan dari anak mama ini... pagi tadi mama nyaris nak balik awal dari pejabat kerana risaukan afaf tapi ibu wati cakap afaf ok n sedang asyik tonton tv.. lega sikit rawan hati yg sarat kerisauan ini..
Sabar lah sayang... kuatkan semangatmu.. sebagaimana mama tgk kuatnya semangat papa semasa mengharungi saat2 getirnya..
Sesungguhnya kasih sayang mama dan papa terhadapmu akan kekal hingga ke akhir hayat.. takkan berkurang walau setitik... mama dan papa berikan hanya yang terbaik untukmu sayang kerana kamu sudi hadir dan mewarnai dunia kami... mencoret suka duka dan tawa senyum dengan keletah mu...
Anakku sayang... cinta hati mama... kelak kamu akan memahami betapa besarnya nilai kasih yang perlu dihargai... coretan hati mama ini adalah untuk tatapanmu kelak, cinta hatiku...
5.15 p.m.
Tuesday, January 10, 2012
diri ini dan hati ini...
kerap di bungkam rasa
menanggung lirih jiwa
kerana...
aku hanya manusia
manusia yang acapkali terasa
selalunya aku hanya ketawa
tersenyum
kerana tidak mampu membalas
segala bahan jenaka dari mereka
sesungguhnya aku juga punya rasa
aku juga berhak ketawa
dan aku juga berhak berkata-kata
siapa mereka untuk merangkap ucap
menunjuk meluru
hingga ada yang terluka
biar apa pun pandangan mereka
hingga tiba saat itu
aku akan terus berlalu
tanpa perlu menoleh lagi...
Friday, January 6, 2012
di daerah ini...
aku menghayun langkah
setapak demi setapak
dengan harapan ianya bukan satu mimpi
di daerah ini...
aku mengenal dunia luar
dunia yg telah lama aku tinggalkan
sejak aku bergelar sang isteri
di daerah ini...
aku mengenal keletah manusia
berwajah ikhlas atau bermuka2
sanggup mengenepikan peri manusia
sesungguhnya di daerah ini...
aku mengharapkan sinar
aku mengharapkan keikhlasan
aku mengharapkan kedamaian
moga ianya hadir memenuhi jiwa aku yang lara sebelum ini
di daerah ini...
aku bertemankan mereka yang setia
aku berjirankan mereka yang mulia
aku berkawan mereka yang rela
demi sebuah ikatan yang tersedia ada
di daerah ini...
aku kembali merenung kekhilafan lama
sungguh bergunung sesalan di jiwa
aku berdoa...dan berdoa...
untuk tidak berada di nakhoda yang sama
di daerah ini...
aku memahami erti pengorbanan
aku memahami erti cinta dan ikatan
aku mendalami erti kebahagiaan
aku mendalami erti persahabatan
di daerah ini...
aku lupakan kisah lalu
aku tinggalkan perit di kalbu
aku jauhkan kesilapan dulu
aku larikan jiwa yang pilu
dan kini...
aku teruskan berdoa
agar langkah aku senantiasa diiringi dengan
restu orang tua
redha suami tercinta
doa keluarga yang setia
mesra rakan-rakan sekerja
Ya Allah !!
dengarlah rayuan dan rintihan
dari sang hamba yang hina
perkenankan dan limpahkan
hidup yang aku impikan setelah sekian lama
aku bergelumang dugaan
kerana...
aku yakin Ya Allah...
Engkau sahaja yang mampu berbuat demikian...
6.1.2012
11.10 a.m.
Tuesday, January 3, 2012
Ya Rabb.. jarang sekali dahi ini menyentuh dada lantai di dinihari
ya Rabb.. jarang sekali kesyukuran meniti di bibir ini
ya Rabb.. amat jarang sekali aku bersujud di pagi hari demi dhuhaMu
namun jauh di sudut hati aku yakin...
rezki itu adalah milikMu
qada dan qadar itu adalah hakMu
kejadian dan kesempurnaanku adalah kepunyaanMu...
Ya Allah pemilik segala kejadian,
acapkali aku tersimpang jauh
kerapkali aku leka dan hanyut di dalam ketidakpuasan mengecapi pemberianMu
alangkah sedikit yg aku berikan
namun hati kecil ini selalu meronta ingin lagi..dan lagi...dan lagi...
Tuhan...
dalam lelah meneroka pintu rezekiMu
izinkan aku menyelami sekelumit rasa damai meneguk cintaMu..
jangan tinggalkan aku terkapai2 lemas dalam dunia ini
jangan sesekali lepaskan aku dalam dakapan redhaMu...