Wednesday, February 1, 2012
abah kata,
hidup kita macam mimpi..
ada suka, ada duka...
semlm seperti baru sahaja...
abah kata,
bila terjaga, kita tertanya2...
berbaloikah usaha kita pada kitaran usia yg lepas..??
usia yang bergerak tanpa pernah menoleh ke belakang..!
abah kata,
sikap meminta2 pada manusia itu murahan...
kerna pasti sukar mendapat jawapan...
kalau ada, pasti kecewa...!
abah kata,
mintalah pada tuhan...
nescaya Dia akan perkenankan..
cuma cepat dan lambat sahaja yang berbeza...
abah kata,
besar kelak jgn lupakan adik2...
biar lupakan dia...
tapi jangan pada adik2...
namun abah terlupa..
kasih sayang kami pada dia amat mendalam
mana mungkin kami akan melupainya!!
abah kata,
biar buruk di mata orang..
jangan hina di depan tuhan...
biar miskin di dunia fana
janji kaya di akirat sana...
abah kata,
ilmu itu nadi kehidupan...
hanya ilmu yang mampu ditinggalkan...
kenapa? kami tertanya2..
kerana abah tidak mampu..
menghamparkan kekayaan dan kesenangan seperti orang lain..
hanya kudrat 4 kerat yang ada...
menolak roda tiga puluhan usia...
abah kata,
ada ilmu dipandang mulia...
hanya ilmu mampu mengubah nasib keluarga..
abah kata,
tugas abah keluar berniaga
hujan, ribut, panas, taufan...
janji Allah itu pasti...
rezki itu hakNya untuk memberi...
abah kata,
biar terperuk di gerai tepi jalan sepanjang cuti sekolah..
biar melopong mendengar cerita kawan2 bercuti sini sana..
itu tidak mengapa!
kenapa? kerana rezki yang kita dapat itulah menjamin lenanya tidur kita sekeluarga..
tidak mengapa, abah... kerana...
kami yakin abah adalah abah yang terbaik..
kami tahu abah tidak pernah jemu berusaha
kami tahu abah tabah dan kuat
kami tahu kasih sayang abah utuh untuk semua
hinggalah ke akhir hayat abah...
masih tidak mahu menyusahkan kami semua...
berkorban sehingga ke hujung nyawa..
masih bersisa air minuman ketika abah menghembuskan nafas terakhir
masih berbekas air di baldi yang abah gunakan untuk memberus lantai
hanya kerana menunggu kepulangan anaknya..
amat terkilan dan sedih masih bersarang di dada..
bukan sahaja hari ini..tapi...
sepanjang hayat selagi badan berkandung nyawa...!!
4.13 p.m.
I really excited to share this pic since i found it in my fb... Truly amazing and full of knowledge seems i keep wondering the rite way to raise afaf and to ensure she get all the best things in her life. Furthermore, I am honored to share it wif all of you, moms ! hehheheh...