Wednesday, June 20, 2012
#1 INTEGRITI
hurmmm satu perkara yang susah nak dibuat. Dimana2 saja. Integriti berkait rapat dengan sifat amanah. Salah satu dari empat sifat yang ada pada para nabi dan amat sukar ada pada manusia yang memiliki darjat rendah. Kenapa manusia gemar menjatuhkan darjat sendiri ye? Aku pelik la dengan manusia yang berada di sekeliling aku... kenapa begitu leka menagguk di air yang keruh? Tapi aku berpegang kepada : berbuat lah sesuka hatimu tetapi jgn lupa engkau akan mati suatu hari nnt.
#2 BERCAMPUR BAUR
Minggu ni perasaan bercampur baur sbb macam2 berlaku. Ada sedih, ada seronok dan ada berbagai perasaan. Penat jugak nk menghadap semua ni... Alahai hati, bertahan lah walau pun terkadang amat berat nak menanganinya... Aku percaya Allah itu Maha Adil dan Dia Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat di dalam diri ini. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ada benda
Tuesday, June 12, 2012
#1 Hati happy selalu!!!
hari ni aku mulakan dengan tawakkal kepadaNya dengan harapan hari aku akan diberkati... semlm afaf tak dapat tido lena... setiap jam bangun menangis.. aduhai anak mama, sedih rasanya bila tgk afaf menangis.. so pagi ni mama tanya taska rutin tido afaf... fuh! afaf tido dari 12 tgh smp 3 ptg... mak aiiiii patut la mlm je susah nk tido... bertuah sungguh!
rutin harian mama dan papa yg agak sibuk kebelakangan ini menjadikan afaf turut terbabit. tapi mama akan cuba menghargai setiap saat yg terluang bersama afaf... banyak perkara yg masih perlu diusahakan demi masa depan kita sekeluarga. mama dan papa mahukan yg terbaek untuk anak mama dan papa ni.. sebab afaf adalah pelengkap kehidupan mama dan papa!
Thursday, June 7, 2012
#1 NAK NI !!!
tahun ni nak sangat 2 benda ni..
1) sebuah rumah sendiri tanpa perlu menyewa dan kalau bayar pun benda dah jadi hak sendiri.. dan juga nak benda ni...
2) sebuah kereta x gear nissan... muaahhahhaha...
kalau buleh dapat mmg syukur alhamdulillah... dan YEAYYY !!! suker giler!
Wednesday, June 6, 2012
#1 - HARTA INI BAPAK ANA YG PUNYA!
hah! bila kita terasa harta ini bapak ana yg punya maka susah la nk di tegur.. itu namanya buduh sumbung... hidup kalau nk privasi je jahanam lah nmpknya... bagus duduk dlm utan berkawan dgn kera... pergghhh !!! melalut jauh rasanya. tapi itulah realiti kehidupan yg sedang berlaku sekarang.. muahahhahaha!!!
#2 - RASA CINTA ITU MILIK KU
rasa cinta itu masih berbekas dan akan tetap berbekas di hati ini. bukan untuk sesiapa tetapi hanya untuk "dia", yang aku kahwini 9 tahun yg lalu. susah untuk menyatakan rasa hati namun aku tahu dia sedia memahami. biarpun tidak sempurna namun dia adalah pelengkap hidupku yg serba kelompangan. biarpun terkadang rasa perit dan kecil hati namun dialah pengubat dan penawar segalanya. Alhamdulillah aku dikurniakan insan yg mampu melengkapi hidupku dan menemani perjalanan hidup ini.
terkadang dalam lena tidurku, tersentak oleh sebuah kucupan di dahi... aku tahu betapa ikhlas dan bermaknanya kucupan itu. aku juga tahu kucupan itu amat ikhlas dan lahir dari hati yg amat mencintaiku... cuma terkadang juga aku kerap melukai hatinya.. aku hanya ingin dia tahu bahawa aku menerimanya seadanya dia... dia tetap istimewa dan cintaku tetap seperti pertama kali kami bertemu...
<3
Tuesday, June 5, 2012
#1
blub...blub...blub... !!! hahhahahhaha
ahad lepas pegi check kat klinik... pergghhhh disahkan kencing manis... memula dgr doc cakap tu hati kecil terus terdetik Alhamdulillah... Allah masih ingat kat aku!
lepas tu baru terasa cuak.. apa nk buat? cemana nk prevent? hah! tingat kat auntie shima. isnin terus shoot email kat auntie shima bgtau n tanya... ternyata auntie seorang yg cool and memahami.. baru rasa lega!
#2
isnin anniversary yg ke-9 tahun.. tak de apa yg special pun... agaknya cenggini kot kalau dah 9 thn kawen.. cuti pun tak.. hari2 yg dilalui sama je sbb masing2 bz.. woi! cuti aku ada 20 hari lagi laaa... cemana nk abiskan? nk bercuti takkan nk pegi sorang2? nk abiskan cuti pun susah, kan? appadaaaaaaaaaaaaaaaa...?
sebenarnya tingin nak bercuti kat cameron highland or sabah... tak tercapai lagi hajat... hurrmmmm... mlm anniversary tu aku tido bermimpikan keindahan sabah... kesejukan cuaca kinabalu dan betapa kemilaunya deretan mutiara... aduhhhh... teringin!! kalau leh pegi... yeayyyy!!!
Friday, June 1, 2012
first day afaf at taska adna... try to maintain her mood from dis morning... but suddenly i forgot to bring her along during my conversation with the taska supervisor... hahhaha ! she crying non-stop while staying in the car.. oh god, pls make her happy and comfortable there.
my sweet little baby,
mama just want you to have only the best. and mama will do anything to ensure that. pls understand my little afaf...