Friday, July 11, 2008
hari ni berborak ngan member seperjuangan. masing-masing meluahkan rasa kecewa yang sudah sekian lama terpendam. cuma akhir-akhir ini rasa tu mcm meletup. mungkin lebih tepat kalau aku kata rasa sedih... tapi sebagai manusia yg masih mampu bertahan, aku akan cuba sedaya mungkin untuk bertahan. bertapak di bumi berkat ini untuk mendidik. biar pun tidak dipandang walau sebelah mata tapi aku tahu, bukan pandangan manusia yg aku cari. bukan penghormatan makhluk setaraf aku yg aku damba. aku ingin kuat semangat kerana di bumi berkat ini banyak mengajar aku erti kesabaran. biarpun tahap kesabaran aku masih terlalu nipis. aku juga tidak ingin mengalah kerana perkataan mengalah tidak wujud dalam kamus hidup aku. aku juga ingin melihat teman-teman seperjuangan di bumi berkat ini sama-sama membina tembok ini. sama-sama berperit jerih kerana kita tahu arah tujuan kita... terima kasih teman.