Tuesday, July 1, 2008
tak semua orang bertuah utk mendapat sahabat...
aku mungkin tergolong dalam org yg bertuah ada sahabat. saat paling manis dalam hidup aku bersama sahabat ialah semasa aku stay kat kl. bertuah sangat aku dapat kenal ngan sahabat2 aku. tapi sekarang masing2 dah ada life tersendiri. masih aku ingat ketika kami sama-sama mengharung kesesakan menaiki lrt, star, komuter berulang-alik dari klcc ke bangi. perit tapi aku suka semua kenangan tu. dan aku percaya sahabat2 aku pun sama. tak boleh ingat cemana peristiwa kena kacau hantu di banglo permata, pepagi naik teksi ke stesen komuter, berbuka puasa di stesen putra. lepas tu pindah ke desa pandan. seronoknya saat tu... kami pun macam org biasa, ada masa suka, ada masa duka... aku tau, aku byk buat salah pada sahabat2 aku... tapi semua tu tak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. buat sahabat yg aku sayangi (ej, lin, molly) terima kasih atas semuanya. semoga ikatan persahabatan kita kekal di atas landasan keikhlasan. mmmuuuuaaahhhhhhhssssssssssss!