Monday, September 1, 2008
Dalam realiti hidup zaman sekarang, relevan lagi ke pegangan biar papa asal bergaya? bagi aku lah, kalau rezeki dah secupak beras, buatlah adat secupak beras. tak perlu bersikap seperti rezeki segantang beras. apa la gunanya pokai tapi suka mencanang poket penuh? apa lah guna barangan branded kalau dalam beg duit sesen habuk pun tak de??? aku lebih senang macam aku yang sekarang. guna apa yang ada, makan apa yang mampu dan pakai tanpa mengira harga. hidup ni mudah. kenapa perlu menyusahkan??? hidup juga akan bertambah bahagia jika kita bersikap sederhana. kerana kita hanya akan membawa "bekalan amal" sahaja untuk ke sana....