Sunday, March 8, 2009

Kalau tanya saya, pendapat ttg PPSMI ni, saya akui lebih cenderung untuk meneruskan PPSMI ini. cuma ada beberapa aspek yang masih perlu kepada peningkatan dan penambahbaikan. terutamanya dari segi persediaan guru-guru yang terbabit dengan PPSMI ini. bukan apa, dalam dunia sekarang mmg tidak boleh dinafikan bahasa inggeris itu penting dan bahasa ibunda juga penting. cuba kita lihat ibu bapa kita yang bersekolah dulu... medium dan pemikirannya mantap. abah saya sendiri sekolah agama yang mediumnya bahasa arab. mak saya pulak medium pendidikannya bahasa inggeris. saya lihat masing-masing ada kelebihannya. saya adik beradik membesar dalam suasana yang hebat kerana jika ada masalah pembelajaran berkaitan bahasa inggeris, mak ada. kalau melibatkan bahasa arab (kami adik beradik sekolah arab) abah ada. seronoknya rasa.. so kalau tanya saya PPSMI perlu diteruskan atau tidak...saya (bebas dari pengaruh politik) akan bercakap: ya, teruskan!