Friday, March 27, 2009
Kesibukan kita dalam menguruskan tugas-tugas harian mungkin telah membataskan beberapa aktiviti sampingan yang kadangkala dipandang remeh. apatah lagi bagi mereka yang bertugas di luar dan memainkan peranan sebagai surirumah pula. pernah seorang sahabat datang dan mengadu terlalu penat dan tidak terurus segala kerjanya apabila ditugaskan dengan beberapa perkara secara tiba-tiba. sementelah pula dia sedang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. timbul juga rasa kasihan tatkala melihat wajahnya yang murung dan berserabut itu. namun bagi saya, dalam hidup ini kita hendaklah melihat sesuatu perkara itu secara positif dan menanganinya sebaik mungkin. dimana dan bagaimana kita mengatasi setiap masalah serta tugas harian juga memainkan peranan penting, atau dengan kata lain keutamaan yang telah kita rancangkan. hidup sebenarnya akan lebih teratur jika kita tahu nilai sesuatu tugas. kita lembarkan di dalam satu senarai keutamaan. yang terpenting akan dilaksanakan dahulu mengikut objektif yang kita fikirkan.
Bagaimana kita menilai sesuatu keutamaan tugas? adakah tugas yang paling hampir tarikh perlaksanaannya yang kita dahulukan? teringat saya kepada satu pepatah cina yang berbunyi hampir begini ; lakukan tugas yang masih jauh dahulu. maksudnya, jadikan satu kebiasaan untuk kita melakukan tugas yang selangkh ke hadapan. ini bagi memastikan kita tidak melakukan tugasan di saat-saat akhir. inilah yang menjadi motto dalam saya menjalankan tugas seharian. rasanya tiada istilah gagal untuk mendepani tugasan "ad-hoc" sekiranya ada...