Monday, April 27, 2009

catatan sedih dan pilu ini aku tujukan khas buat abah yang aku sanjung. nukilan dan perasaan rindu buat abah yang aku titipkan dalam blog bertarikh 20 april yg lalu sebenarnya bertarikh 21 april. itulah nukilan terakhir aku sebelum abah menghembuskan nafasnya yg terakhir. tiada sesiapa pun disisinya kerana itulah doa beliau untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa dan ingin mudah menemui maha pencipta. perit dan sayu untuk dilakarkan bagaimana saat2 itu berlaku kerana kami sendiri tidak pasti bilakah masa yg tepat abah tiada lagi. semangat aku luluh. apatah lagi bila terpandang wajah adik2... baru aku sedar, aku tidak kuat menghadapi dugaan Allah ini. aku rebah. abah telah pergi. aku sendiri tidak percaya. mlm sebelum anah pergi, aku tidur bertemankan gambar abah dan mak. aku rindu untuk mendakap abah. rupa-rupanya perasaan itu adalah petanda bahawa aku harus segera pulang menemui abah. kali terakhir aku bercakap dengan arwah adalah pagi sebelum beliau pergi buat selama-lamanya. abah gembira aku nak balik. begitu bersungguh2 dia membasuh rumah supaya anak-anak selesa untuk tidur. berbekalkan segelas air teh, dia mengemas ruang atas rumah. masih berbaki air teh di dalam gelas di bilik aku. masih ada berus dan baldi di ruang bilik itu. aku sebak. sebak yg amat sangat bila melihat semua itu. aku tak kuat menghadapi semua ini tatkala peperiksaan akhir kian hampir. abah, kak ja minta maaf. maaf kerana tidak dpat menjadi anak yg terbaik buat abah. tidak mampu menyempurnakan mahligai untuk abah tinggal di dalamnya. semoga abah ditempatkan bersama para syuhada yg memperjuangkan agama Allah. Al-fatihah buat Allahyarham ayahanda tercinta, IDRIS B ARIFFIN. (080149 hingga 210409)
Labels: catatan pilu seorang anak