Thursday, April 16, 2009
Ilmu membezakan martabat seseorang! ya tepat sekali. sebenarnya tahap pemikiran dan kematangan seseorang boleh kita nilai berdasarkan corak komunikasi mereka. pernahkah kita terfikir, mengapa orang disekeliling kita bertindak seperti itu? bagi saya, segala apa yang berlaku di sekeliling saya adalah tanda kekuasaan Allah yang mahu saya belajar agar mengambil iktibar dari tingkah laku insan-insan sekitar. terkadang saya ingin sangat agar mereka ini bersama-sama saya untuk berfikir di luar kelompok yang sudah dirasakan selesa. ingin sangat untuk bersama-sama merasai bagaimanakah agaknya jika kita mampu berada di sebuah zon yang di luar dari keselesaan kita selama ini. benar kata-kata dari salah seorang sahabat saya : memang ada perbezaan antara orang yang berilmu dengan orang yang kurang berilmu. dari itu besarlah harapan saya untuk sentiasa berada bersama mereka yang berilmu. agar kehidupan akan datang lebih bermakna. perkataan yang lahir selepas berfikir akan membawa tuah dan secara peribadi, saya senantiasa berkata kepada diri sendiri : berusaha menjadi yang terbaik dan JGN malas untuk berubah kearah kebaikan. saya akan sentiasa memandang ke hadapan dan tidak ingin lagi meratapi masa lalu yang sedih dan sukar. ianya akan selalu terpahat sebagai panduan bagi mengharungi masa-masa hadapan. agar kesilapan lalu tidak berulang. masa kini adalah milik saya dan saya ingin mencapai segalanya untuk berada di puncak yang lebih tinggi.
Labels: SRAIB oh SRAIB