Monday, April 13, 2009
Apa pendapat anda sekiranya terdapat pemimpin kuku besi di organisasi anda? adakah corak kepimpinan begini perlu di dalam sesebuah organisasi sebagai method kawalan prestasi pekerja? at least seorang. bolehkah pemimpin kuku besi atau lebih bersikap autokratik ini membawa sesebuah organisasi itu pergi lebih jauh? hhhmmm... andaikan beliau berjaya mengawal, dan organisasi berjaya mencapai KPI adakah bermakna organisasi tersebut berjaya? apakah penanda aras untuk menyatakan organisasi itu berjaya? pada pandangan saya, kejayaan sesebuah organisasi adalah terletak kepada dua faktor. pertama : kiraan profit tahunan. kedua : tahap kepuasan pekerja. iaitu adakah kejayaan itu di kongsi dan di hargai bersama para pekerja yang menggerakkan sesebuah organisasi? kebanyakan organisasi di Malaysia cenderung untuk mengukur tahap kejayaannya melalui kiraan profit tahunan. seringkali kepuasan pekerja untuk berkhidmat lebih lama diletak ke tepi. organisasi seharusnya lebih menghargai pekerja kerana pekerja adalah penggerak dan nadi kepada organisasi. jika di lihat di negara jepun, tahap kesetiaan atau loyalty pekerja amat tinggi. budaya tersebut telah lama diamalkan dan sudah menjadi status quo mereka. biasanya pekerja mahir dan berpengalaman jika berkhidmat lama di dalam organisasi akan menjadi satu aset berharga kerana padanya telah tertanam budaya kerja dan kemahiran bekerja di tempat tersebut. oleh itu, amat penting untuk menghargai pekerja senior yang outstanding kerjanya dengan menjaga kebajikan beliau.