Tuesday, May 5, 2009
pernah tak anda terfikir sudah tiba masa untuk anda melepaskan sesuatu? kata orang, kalau sayangkan sesuatu kita kena lepaskannya... memang betul pun. aku ada sesuatu yg aku sayang sangat, yang aku kenal sejak dari kecil. sesuatu yang aku hargai dan jaga. tapi seingat aku, tak pernah aku dapat seperti mana yang aku dah berikan. kekadang aku rasa macam bodoh sgt kerana menghargai sesuatu tu. dah banyak kali aku menumpahkan air mata aku disebabkan sesuatu tu. tapi aku tetap jaga dan belai. seolah-olah aku takkan kehilangannya suatu hari nanti. tapi hari ini, aku sedar yang aku kena lepaskannya. lepaskan agar dia bebas dan bahagia. dengan harapan dia akan benar-benar bahagia....