Saturday, July 25, 2009
suasana kelas yg hening ekoran dari sesi berceramah dari guru tetiba bertukar riuh apabila seorang murid bersuara.. "ana dah minta maaf dari mama ana semlm tapi mama tak menangis pun!" hahahhah! aku yg mendengar pun pecah ketawa. begitulah fikiran anak-anak... sekali kita berleter dia tertunduk memandang lantai tetapi otaknya ligat berfikir sesuatu. acapkali pemikirannya jauh melangkaui sangkaan kita. kalau dulu, zaman aku jauh sekali hendak menjawab. tetapi kini anak-anak jgn dilarang atau ditegah dari mengeluarkan idea dan pandangan. setakat tahun 1 tu usah lah mengajar A,B,C... tah sior nyer deme... kalau masuk kelas tahun 1 ajar 1-10.. huh! mencebik!!! kami dah tahu.. begitulah ayat diorg.
begitu sekali zaman berubah. aku dulu tahun 1 masih terkial-kial menulis nombor.. makin tahun makin berbeza kerenah anak-anak yg berada di tahun 1. makin advance kata org.. kawan-kawan aku yg punya anak di tahun 1 pun kadang-kadang terpaksa mencari idea baru demi untuk memenuhi kehendak anak-anak mereka. aku tgk budak 4 tahun pun dah pandai ada kerja rumah yg dibekalkan guru. mungkin jenama susu yg diberi oleh ibuibu tak? neuron-neuron bergabung...hahahhaha!!!!