Sunday, July 12, 2009
PPSMI akan dimansuhkan pada 2012. bermaksud para pelajar tahun 3 sekarang akan mengalami pemansuhan ini. keputusan kabinet adalah MUKTAMAD! dilangsungkan atau tidak rasanya tidak perlulah diperdebatkan kerana yang penting situasi sekarang ialah perjalanan P&P kepada para pelajar yang terlibat. para guru juga akan mengalami masalah di dalam P&P seharian walaupun tidak terjejas 100% namun kesannya tetap ada. satu kelebihan bagi pelajar luar bandar. dan ada pihak yang kurang bersetuju atas alasan perlaksanaan ini bakal menjejaskan pembelajaran semasa anak-anak mereka. bagi pandangan saya secara jujur, saya berasa amat sayu setiap kali terpandang wajah anak-anak di sekolah. masa depan mereka telah dipertaruhkan. ibadah mereka dalam menuntut ilmu juga dipertaruhkan. sesekali terpandang riak wajah anak-anak ini terdetik juga sejauh manakah perasaan mereka diambilkira. mereka mungkin belum faham apa2 mengenai situasi yang sedang berlaku namun hakikatnya merekalah individu utama yang perlu kita dahulukan. dimanakah hak mereka untuk memilih dan menentukan permulaan masa depan mereka? perasaan serta pengorbanan para guru juga perlu diketengahkan. jangan biarkan pengemudi2 generasi akan datang ini dipinggirkan dan gagal untuk memberi pandangan. soal ketelusan amat perlu dalam menerajui pembentukan pemimpin negara di masa hadapan...