Thursday, October 15, 2009
Kita boleh jalankan sebarang penyelidikan menggunakan tiga pendekatan bergantung kepada objektif atau tujuan penyelidikan itu. Pertama ialah kaedah kuantitatif. Kaedah ini selalunya bertujuan untuk membuktikan teori atau menguji seseuatu hipotesis. Misalnya, kita mahu menguji hipotesis yang menyatakan bahawa orang yang kerap menonton televisyen percaya bahawa apa yang dilihat di kaca TV adalah sebuah realiti. Kadang-kadang kaedah ini hanya bersifat deskriptif sahaja. Misalnya, kita ingin tahu berapa ramai remaja suka menonton Akademi Fantasia.
Pendekatan kedua yang boleh digunakan dalam penyelidikan ialah kaedah kualitatif. Pendekatan yang bersifat deskriptif ini ini bertujuan untuk menghurai sesuatu fenomena atau gelagat manusia. Misalnya, kaedah etnografi (mengkaji budaya manusia), fenomenologi (mengkaji makna tentang pengalaman seseorang), narrative design (cerita-cerita) dan sebagainya.
Pendekatan ketiga dalam penyelidikan ialah kaedah umum...>> klik link berikut utk mengikuti penerangan selanjutnya (credit to http://visualvivid.blogspot.com/2009/04/gambar-semasa-bengkel-grounded-theory.html)