Friday, October 9, 2009
Di masyarakat, jantina menentukan bagaimana dan apa yang harus diketahui oleh laki-laki dan perempuan mengenai masalah seksualiti, termasuk perilaku seksual, kehamilan dan penyakit menular seksual (PMS). Konstraksi sosial mengenai ciri-ciri dan peranan perempuan ideal menekankan bahwa ketidaktahuan seksual, keperawanan, dan ketidaktahuan perempuan mengenai masalah seksual merupakan tanda kesucian.
Data juga menunjukkan bahwa perbedaan definisi budaya diaplikasikan kepada laki-laki yang diharapkan lebih berpengetahuan dan berpengalaman sehingga mengambil posisi sebagai pengambil keputusan dalam masalah seksual. Penelitian juga membuktikan bahwa pandangan jantina ini juga merupakan sebahagian dari proses sosialisasi sejak kanak-kanak dan bagaimana pengetahuan ini tertanam di antara laki-laki dan perempuan.
Misalnya kemampuan remaja perempuan untuk mencari informasi atau membicarakan mengenai seks dibatasi oleh norma budaya yang kuat mengenai keperawanan. Remaja perempuan takut mencari informasi mengenai seks atau kondom karena menjadikan mereka dianggap aktif seksual tanpa memandang aktiviti seksual yang sebenarnya. Juga, jika keluarga mereka mengetahui bahwa mereka mencari pelayanan seksual, maka keperawanannya akan dipertanyakan.
Contoh lain, memperkenalkan seks sebagai satu proses pengawanan dan pembiakan antara individu manusia, hanya akan memberi pengetahuan saintifik yang menyumbang kepada perkembangan kognitif (pengetahuan semata-mata tanpa membabitkan emosi) remaja. Remaja akhirnya akan mencapai tahap literasi dan kefahaman seks dengan mengetahui struktur dan fungsi organ seks, memahami bagaimana proses pengawanan dan persenyawaan antara sel pembiakan (iaitu sperma dan ovum) berlaku, mengetahui fisiologi edaran haid dan edaran kesuburan wanita dan mengetahui peringkat perkembangan janin di dalam rahim ibu dan perubahan yang berlaku dalam tempoh hamil.
Remaja juga akan mendapat gambaran sebenar mengenai bagaimana sperma boleh memasuki sistem pembiakan wanita melalui hubungan jenis dan berdasarkan gambaran ini mereka boleh, secara rasional, merumuskan kaedah yang boleh digunakan untuk mengelakkan kehamilan atau dijangkiti penyakit yang merebak melalui hubungan jenis. Dengan pengetahuan yang diperolehi secara formal ini, mereka lebih berkeyakinan membincangkan isu seks dan mengadukan masalah yang mereka hadapi atau berusaha mencari penyelesaiannya. Dalam pada itu, mereka juga diandaikan tidak mudah terpengaruh dan terbabit dengan kegiatan maksiat.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, literasi dan kefahaman seks secara langsung atau tidak akan merangsang keinginan mencuba melakukan hubungan jantina di kalangan remaja. Inilah antara implikasi luar jangkaan yang tidak boleh diabaikan begitu saja.
Kecenderungan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada pengetahuan semata-mata untuk mengubah sikap dan tingkah laku adalah berbahaya. Hal ini disedari pakar pendidikan di Barat terutama Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu. Misalnya, pada 1994 berdasarkan hasil penyelidikan mengenai program pendidikan seks, pakar ETRA Association yang berpusat di Santa Cruz, California, merumuskan bahawa pelajar yang menerima pendidikan seks lebih mengetahui mengenai haid, hubungan jenis, kaedah mencegah kehamilan dan cara mengelakkan jangkitan penyakit melalui hubungan seks.
Malangnya perilaku seks mereka tidak selaras pengetahuan yang mereka perolehi. Menurut penyelidik terbabit, pengetahuan seks tidak mempunyai kesan bermakna dalam melakukan hubungan jenis atau untuk menangguhkannya, atau pun untuk mengurangkan kehamilan tanpa pernikahan. Sebaliknya pelajar yang tahu menggunakan kaedah mencegah kehamilan berkemungkinan besar menggunakannya dengan lebih kerap untuk melakukan apa yang digelar di Barat sebagai seks selamat.
Apa yang didapati juga ialah kebanyakan pelajar yang mengikuti pendidikan seks mengikut pendekatkan Pendidikan Seks Komprehensif (Comprehensive Sex Education), suatu pendekatan yang dikatakan menerima sokongan Persatuan Kebangsaan Sekolah Psikologi, Persatuan Perubatan Amerika, Lembaga Persatuan Kebangsaan Sekolah dan Persatuan Perubatan untuk Remaja - menganggap seks hanya sebagai sebahagian daripada kehidupan, sama penting seperti mata pelajaran lain dan kegiatan berkaitan seperti membaca dan membuat eksperimen.
Demikianlah, dengan memperkenalkan mata pelajaran seks, remaja seolah-olah didedahkan kepada potensi seks yang ada pada diri masing-masing dan kaedah yang selamat untuk mereka menyalurkan potensi itu. Berdasarkan pengetahuan yang diberikan, remaja ini dapat memanfaatkan potensi seks masing-masing secara terancang untuk memenuhi keinginan dan keperluan seksual mereka tanpa memudaratkan diri atau pasangan masing-masing.
Secara tidak langsung juga, pengenalan pendidikan seks akan dianggap remaja sebagai penurunan kuasa dan hak seks masing-masing, di samping memberi mereka pilihan menggunakan kuasa dan hak itu. Apakah tidak mungkin tanggapan ini disalahertikan sebagai kebenaran melakukan seks secara bebas? Inilah satu lagi implikasi luar jangkaan yang membimbangkan. Jika diabaikan, kesan kedua ini bukan sahaja akan mencemarkan norma sosial dan adat resam, tetapi juga maruah bangsa dan kesucian agama.
Kegagalan program pendidikan seks di Barat perlu dijadikan teladan. Falsafah Pendidikan Seks Komprehensif di Amerika Syarikat yang menekankan bahawa pendidikan yang memberikan pengetahuan seks yang menyeluruh ialah strategi terbaik untuk melahirkan remaja yang lebih bertanggungjawab terhadap kelakuan hubungan seks masing-masing. Ini termasuk menahan diri daripada meneruskan hubungan seks bebas, hubungan seks selamat, hubungan seks menggunakan kondom dan bersedia melakukan onani yang tidak memudaratkan supaya bilangan remaja yang hamil dapat dikurangkan dan penyakit berjangkit melalui hubungan seks dapat dicegah. Semua ini ternyata bukan falsafah yang sesuai di negara ini.
Dari segi pelaksanaan, falsafah Pendidikan Seks Komprehensif menganjurkan pendekatan berasaskan fakta dan maklumat walaupun kaedah dan media penyampaiannya dipelbagaikan. Pendekatan akademik seperti ini tidak mungkin dapat menghuraikan secara objektif interaksi unsur bukan fizikal seperti emosi dan nilai hubungan kemanusiaan, harapan dan perasaan atau keinsafan tanggungjawab, kasih sayang dan kemelut psikologi yang turut mengaduni hubungan seks. Dengan demikian, apa yang akan diajar guru hanya seks sebagai proses atau kegiatan dengan kepentingannya dibincangkan berasaskan logik saintifik.
Akibatnya perempuan tidak mendapat informasi yang cukup mengenai reproduksi dan seks. Contohnya, remaja perempuan banyak yang tidak mengetahui tubuh mereka sendiri, kehamilan, kontrasepsi dan PMS. Perempuan miskin dari sebuah negara berkembang menyatakan bahwa mereka tidak mendapatkan informasi apapun tentang seks sebelum pengalaman pertama mereka. Kurangnya informasi ini
Kajian lain menunjukkan bahawa kurangnya informasi mengenai tubuh mereka membatasi kemampuan perempuan untuk mengenali gejala gangguan pada organ reproduksinya akibat PMS. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai hak yang sama untuk mendapat pendidikan seks iaitu pengetahuan mengenai sistem reproduksi lelaki dan perempuan.
Pendedahan terhadap penjagaan diri mereka daripada sebarang gangguan terhadap seksualiti mereka. Pendidikan terhadap penyakit-penyakit seksualiti. Dalam pendidikan seks di sekolah ini, guru merupakan individu yang paling penting dalam mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik dalam penyampaian supaya pelajar memahami kepentingan mereka didedahkan kepada pendidikan seksual ini.
Setiap pelajar mempunyai hak yang sama dalam mendapat pengetahuan tentang seksualiti. Pendedahan pendidikan seksual dapat diketahui oleh setiap pelajar secara sama rata. Setiap pelajar lebih peka terhadap penjagaaan keselamatan diri dalam aspek seksualiti mereka. Tiada lagi perasaan merendah diri di kalangan pelajar perempuan terhadap pengetahuan seksualiti. Pelajar perempuan akan lebih mementingkan diri mereka dan tidak menjadi mangsa ekploitasi lelaki
Mungkin di negara yang remajanya diberi kebebasan seks, pelaksanaan pendidikan seks yang menggunakan pendekatan akademik semata-mata tidak janggal. Malah mungkin inilah pendekatan yang paling sesuai dan mudah dilaksanakan. Dua implikasi luar jangkaan yang dinyatakan tidak memberi kesan yang besar kepada kehidupan dan maruah rakyat di negara terbabit, tetapi tidak di Malaysia.
Sehubungan itu, sebarang cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah di negara ini perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh, khususnya dari segi falsafah, matlamat dan pendekatan yang akan digunakan. Sekiranya pendidikan seks yang hendak diperkenalkan itu hanya untuk 'memberi pengetahuan asas seks yang memadai' atau 'meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai seks' atau 'membendung penularan masalah sosial akibat kurang arif mengenai seks' atau 'memberi penjelasan serta berbincang mengenai seks dengan remaja', maka kaedah dan kurikulum pendidikan seks yang kini digunakan di sekolah sudah memadai.
Labels: kredit to my team : Rafidah, Yahzanon, Zarina and me...