Friday, October 16, 2009
Tadi di kesempatan yang ada setelah tamat sesi P&P aku, terasa nak isi pulak dengan sedikit ilmu melalui pembacaan. dah lama sgt aku tak menelaah ilmu sem ni. dalam dok belek2 tu, terjumpa lah kriteria2 atau ciri2 seorang pemimpin sekolah. Guru besar di alaf baru hendaklah sentiasa memajukan dan melengkapkan diri dengan beberapa teori kepimpinan yang dikombinasikan serta digabungjalin untuk menjayakan aspirasi sekolah. tidak boleh hanya berpandukan kepada satu teori sahaja atau pun tidak mengaplikasikan mana2 teori langsung! antara ciri2 yang perlu diamalkan ialah :
1. beriltizam iaitu melibatkan diri secara bersungguh2 serta penuh dgn tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya.
2. berorientasikan maklumat iaitu bersungguh2 mengejar maklumat2 baru terutamaya ICT.
3. berwawasan iaitu berpandangan jauh dan memiliki visi serta misi yang JELAS terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan.
4. berpandangan global, melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dlm negeri bahkan secara global.
5. berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif. bukan semua perkara baik buruk nak dipositifkan yer...
6. berpengetahuan, fleksibel, dan mudah menyesuaikan diri denga persekitaran sosial. pemimpin harus ke depan bukan melarikan diri dari situasi...
hhmmm... marilah kita sama2 muhasabah diri adakah kita memiliki ciri2 di atas kerana kita adalah pemimpin kepada orang lain...heheheh...