Friday, October 9, 2009
Kemahiran untuk menangani sesuatu situasi selalunya bergantung kepada kebijaksanaan seseorang untuk menhadapinya dan ditambah pula dengan pengalaman beliau menghadapi beberapa situasi yang hampir sama sebelum itu. biasanya seseorang itu akan lebih tenang dan mampu berfikir secara lebih intelek dalam menjawab beberapa soalan dari pihak lain setelah lama berada di dalam bidangnya. jika anda berhadapan dengan pelanggan yang cepat melatah untuk naik angin atau senang kata, cepat baran, maka pihak anda haruslah lebih bersedia dengan berdiam seketika dan memberi ruang serta peluang pihak kedua melepaskan ketidakpuasan hatinya. tetapi jangan lupa di samping mendengar anda juga mestilah meneliti point yang diperkatakan oleh si pelanggan. ini akan lebih memudahkan anda menjawab setelah menganalisa ketepatan fakta yang dikemukakan. setelah itu jawablah dengan bijaksana kerana jawapan yang diberi setelah berfikir adalah kata-kata yang dapat menenangkan kembali si pelanggan. selalunya dia akan kembali ok dan secara tidak langsung akan lebih menghormati anda. jika fakta itu menyebelahi anda, terangkan dengan jelas kepada si pelanggan sebab dan musabab ia terjadi manakala sekiranya fakta itu berpihak kepada si pelanggan maka jangan lah malu untuk mengaku kelemahan sendiri tetapi perlulah dengan bijak memperkatakannya.. selamat mencuba...!