Thursday, November 5, 2009

kajian ini merupakan satu kaedah kajian yang diperkenalkan oleh Glaser dan Strauss pada tahun 1967 dan kemudiannya diperjelaskan secara terperinci oleh Strauss pada tahun 1987. ia merupakan satu kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan induktif di mana kajian ini dimulakan dengan memperolehi data dan dari data ia dibina konsep serta teori. ianya berbeza dengan kajian klasik yang lain di mana pendekatannya adalah deduktif. kualiti grounded theory ini bergantung kepada cara dan langkah perlaksanaan oleh pengkaji itu sendiri. sekiranya kajian itu mengikuti langkah dan disiplin yang baik maka akan terhasil satu teori yang baik dan mantap. secara tidak langsung, teori ini memerlukan ketelitian, kemahiran serta kesabaran penyelidik secara professional.
tujuan kajian ini ialah untuk membangunkan atau menjana sebuah teori. grounded theory bermula dengan mengkaji situasi. berdasarkan situasi ini penyelidik akan memahami apa yang berlaku dan bagaimana orang sekeliling memainkan peranan mereka dalam situasi itu. ini boleh dilakukan melalui pemerhatian, perbualan dan temubual. seterusnya penyelidik akan mencatit isu-isu penting yang dikenali sebagai "note-taking".
proses penting bagi kajian ini ialah kaedah perbandingan yang tetap. pada langkah awal, penyelidik akan membandingkan jenis data sama ada data jenis temubual dengan data jenis temubual dan begitu juga dengan data perbualan dan pemerhatian. seterusnya teori akan terhasil dengan sendirinya. apabila ini berlaku maka penyelidik akan membandingkan data dengan teori yang dihasilkan. setelah itu aktiviti koding atau memecahkan konsep akan dijalankan.
BAGAIMANA MEMBINA TEORI INI?