Friday, November 20, 2009
ROME tidak di bina dalam masa sehari...ISLAM tidak berkembang dalam masa sejam... mmg tepat dan benar sekali. tahun ni bila keluar keputusan UPSR mmg menyedihkan dan bagi sesetengah pihak amat menyentuh perasaan. bahkan ianya seakan-akan menjadi satu perkara yg terlalu sensitif untuk diperkatakan. keadaan ini berbeza dengan 4 tahun sudah. aku sendiri secara peribadi amat berbangga dengan keputusan yang diperolehi. entah dimana silapnya keadaan itu tidak berulang lagi. kegembiraan itu seakan lenyap.
secara logiknya, ketika menghadapi saat2 sukar inilah semua pihak harus bersatu. di saat inilah kita boleh lihat sekukuh mana ukhuwwah yang sering kita laung2kan. yang sering kita banggakan. yang seiring kita perkatakan.
sungguhpun aku tidak berada bersama ketika keputusan diumumkan namun dari kejauhan aku dapat merasakan detik2 sensitif ini. sms semuanya berbalas sinis. membayangkan situasi yang berlaku. hhmmm... sebagai bekas GPK, sedikit sebanyak jauh di sudut hati aku menyalahkan diri sendiri pada mulanya. namun pintas aku berfikir keputusan ini mampu memberi hikmah dan satu kejutan seolah2 baru dari tidur. bukan mudah hendak mengekalkan kejayaan dari menciptanya. aku dapat merasakan lelah guru2 yang tidak terucap. bila segalanya terletak di pundak mereka untuk mengurus dari A hingga Z. dari kelas, program, aktiviti dan kem utk tahun 6. berkejar ke sana ke sini. marking papers yang tiada kesudahan... di waktu inilah kita belajar untuk bersatu. merungkai kekusutan dan mencari kekurangan untuk diatasi. bukan saling menyalahkan antara satu sama lain. kita harus berpandangan positif seperti mana kita ajarkan kepada anak2 murid kita. kita tidak harus berputus asa sepertimana kita tidak ingin anak2 murid kita berputus asa. dan kita tidak boleh merenggangkan tali ukhuwwah seperti mana kita tidak ingin mereka berpaling muka... itu ajaran kita kepada mereka. itu juga ajaran nabi kepada kita.
aku mengambil cuti awal seminggu dari cuti sekolah. 4 hari di kg mmg memenatkan. hari pertama ke dua dan ketiga aku habiskan dari pagi ke ptg temankan mak pergi menjemput tetamu untk majlis hafiz. mlm lak ke bandar beli buah tangan tetamu, tempahan cincin, barang hantaran dan survey langsir. flight aku patut chck in kul 7 mlm ditunda ke 9.55 mlm.. pun aku sempat ke bandar lagi uruskan 2-3 hal sampai kul 3 ptg tanpa mengemas sehelai baju lagi pun. mmg tak puas hati tinggalkan mak terkontang-kanting sengsorang. nak bergerak tak de siapa nak tlg bawak. Ya Allah, permudahkan segalanya...
mlm ni aku berada di hotel equatorial bangi. kebetulan hubby ada reunion kecil2an so aku join. sebenarnya dah seminggu hubby aku berkursus di sini dan aku terbang ke kg 4 hari. kini kembali bersama hubby. esok InsyaAllah ke Nilai 3 tempah hantaran. lusa ke UIA menghadiri Konvensyen Islah. kemudian ke JB menyambut hari raya di sana. then kena terbang ke kdh lagi membuat persiapan akhir. otak pecah 3 perkara. tapi aku yakin segalanya mengajar aku erti mengurus dan meletakkan kepentingan. Alhamdulillah...