Wednesday, December 29, 2010
fuhhh... 2010 bakal melabuhkan tirai sehari dua lagi.. mencabarnya angka 2010 ini.. aku puas hati dan memanjatkan seribu satu kesyukuran kerana tahun ini dilalui dengan pelbagai anugerah yang tidak terduga... Syukur Ya, Allah! Engkau kurniakan aku seorang suami yang terbaik, seorang permata hati yang membahagiakan, ibu yang hebat, keluarga yang tidak pernah lokek dengan kasih sayang serta sahabat yang sentiasa menemani diri ini... terima kasih semua!
hampir 90% azam aku untuk thn 2010 tercapai... aku berjaya buktikan walaupun dalam kesibukan belajar dan bekerja namun aku mampu menangani cabaran yang ada... anak2 didik ku juga lulus 100% dalam UPSR... aku cekalkan hati kuatkan semangat atas kata2 orang yang boleh menjejaskan fokus aku dlm menggenggam segulung sarjana... aku adalah seorang hamba yang selalu dahagakan ilmu... sedikit cakap2 orang tidak akan mampu menggugat semangat aku untuk terus berjuang di medan ini.. kepayahan mengajar aku banyak perkara..!
adik-adik juga tahun ini semua berjaya merasai hari graduasi masing2.. imah di USM, dik na di Hospital Penang, hafiz di Putrajaya dan dik ah di UITM... aku bangga mempunyai adik2 yang tidak kenal erti jemu menuntut ilmu.. tidak sia2 ajaran abah selama ini.. semoga tahun mendatang akan lebih memberi kita erti sebenar kebahagiaan hidup.. ameen...