Monday, March 14, 2011



Kira-kira lagi seminggu aku tamat bertugas sebagai seorang guru di daerah ini... kira-kira lagi dua minggu aku akan tinggalkan daerah ini... kira-kira lagi sebulan aku akan menamatkan pengajian di peringkat sarjana... huurrmmm... segalanya mengenai KIRA-KIRA...
dalam berkira-kira tu, banyak juga yang aku lalui sepanjang 2 tahun ini... banyak juga yg terpaksa dikorbankan, banyak juga yang terpaksa ditelan... ramai juga yang menjadi korban...!
minggu lepas aku menghadiri kelas hujung minggu seperti biasa... tapi dalam banyak-banyak kelas yg aku attend kelas ni lah yg paling tak best...! penuh tekanan.. penuh kepura-puraan! mmg rasa seksa nak habiskan 4 jam kelas ni..!
aku cuma berharap percutian di kampung akan lebih mendamaikan. aku just nak relax kan kepala otak yg dah banyak berserabut. badan pun dah makin meragam.. tak cukup rehat agaknya... perrgghhh hidup semenjak dua menjak ni penuh dengan TEKANAN.
aku mengira detik untuk menamatkan tugas di sini.. macam dah tak de jiwa jek ke sekolah... mungkin sbb tugasan aku dah diserahkan sepenuhnya kepada pengganti aku kelak. kelas pun dah tak de... pergi sekolah hanya untuk membantu melengkapkan fail-fail pengurusan. buku rekod pun dah diserahkan kepada orang lain. nak join aktiviti pun dah tak bersemangat. nway, just pray for the d best fer them.. ameen...
agaknya di mana pulak tempat aku bertugas kelak? bagaimana pulak kerenah rakan setugas aku? aku mengharapkan agar hijrah yang aku dan suami lakukan ni memberi satu impak yang besar buat ami dan memberi sinar baru dalam rumahtangga kami. hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. dan aku berserah segalanya pada Dia...