Tuesday, April 12, 2011
Kenapa dinamakan manusia itu dengan nama INSAN juga? kerana manusia itu MUDAH LUPA. manusia mudah lupa pada Sang Pencipta dirinya. manusia mudah lupa dengan secalit kesenangan yang dipinjam dari Maha Pencipta kesenangan itu. sebab itulah manusia juga digelar INSAN.manusia yang tidak pernah dididik dengan secebis kesusahan hidup akan gagal menghargai kesenangan hidup yang dikecapinya. dengan itu mereka akan mudah menghina dan memandang rendah pada manusia yang lain padahal mereka adalah sama sahaja asal kejadiannya iaitu dari seketul tanah yang tidak memiliki apa2. dan akhirnya kepada tanah jualah mereka kembali. tanah yang mereka pijak semasa hayat didunia ini dengan angkuh dan sombong sekali. dan tanah itu jualah yang akan menelan jasad kita semua. dunia hari ini amat mudah manusia yang selangkah senang ke hadapan mencaci dan menghina manusia dibelakangnya seolah2 mereka ini tidak memiliki harga diri. amat malang bagi manusia yang memenuhi hidupnya dengan sifat keangkuhan kerana sebenarnya mereka hanya mempunyai sehelai kain putih yg akhirnya akan membaluti tubuh kelak....!