Wednesday, January 11, 2012

Sayang mama, afaf.... maafkan mama kerana memisahkan afaf dari aunty chah.. bukan niat mama tapi mama terpaksa.. konflik taska itu terlalu membimbangkan mama.
Buah hati mama, 3 hari afaf di taska baru afaf dah demam2.. seharian mama di pejabat memikirkan afaf.. luluh juga hati nak tinggalkan afaf dengan diiringi tangisan dari anak mama ini... pagi tadi mama nyaris nak balik awal dari pejabat kerana risaukan afaf tapi ibu wati cakap afaf ok n sedang asyik tonton tv.. lega sikit rawan hati yg sarat kerisauan ini..
Sabar lah sayang... kuatkan semangatmu.. sebagaimana mama tgk kuatnya semangat papa semasa mengharungi saat2 getirnya..
Sesungguhnya kasih sayang mama dan papa terhadapmu akan kekal hingga ke akhir hayat.. takkan berkurang walau setitik... mama dan papa berikan hanya yang terbaik untukmu sayang kerana kamu sudi hadir dan mewarnai dunia kami... mencoret suka duka dan tawa senyum dengan keletah mu...
Anakku sayang... cinta hati mama... kelak kamu akan memahami betapa besarnya nilai kasih yang perlu dihargai... coretan hati mama ini adalah untuk tatapanmu kelak, cinta hatiku...
5.15 p.m.